Hidup bagaikan roda, tidak selamanya berada di atas. Inilah yang terjadi kepada bintang Spice Girls, Mel B apabila dia mendedahkan yang dirinya hanya memiliki wang sebanyak £700 apabila berpisah dengan bekas suami, Stephen Belafonte.
Dia yang berhijrah ke Amerika Syarikat selama lebih 15 tahun berkongsi bahawa kehidupan menjadi sukar apabila dia perlu pulang semula ke United Kingdom pada 2019.
Daripada kehidupan yang serba mewah, dia terpaksa tinggal dengan ibunya dan berkongsi bilik yang sama dengan anak-anak. Selain itu, dia juga mula menyesuaikan diri untuk membeli belah di lokasi hemat seperti Aldi dan Lidl.
Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown memfailkan penceraian daripada penerbit filem Hollywood, Stephen Belafonte pada Mac 2017, berikutan dakwaan penderaan yang dilakukan bekas suaminya itu. Walaupun begitu, Stephen menafikan pertuduhan itu berulang kali.
“Orang ramai akan beranggapan saya kaya hanya kerana saya sebahagian daripada Spice Girl, tetapi kehidupan saya berubah daripada membuat persembahan kepada ribuan orang di Wembley pada Jelajah Reunion Spice Girls pada 2019 kepada berhimpit di rumah ibu dengan anak-anak tidur bersama,” ujarnya saat ditemu bual akhbar The Sun.
Selain itu Melanie turut mendakwa bekas suaminya itu melakukan penyelewengan kewangan terhadapnya.
Ads
“Saya sentiasa menjaga wang saya sendiri, tetapi lama-kelamaan saya tidak bimbang tentang wang kerana pada pandangan saya dia menjaganya. Tetapi selepas itu saya sedar bahawa saya perlu bermula dari awal,” tambahnya
Kini, selain membina kembali kehidupannya. Mel B berkempen untuk kesedaran isu penderaan rumah tangga. Dia yang menerima darjah kebesaran Member of British Empire (MBE) pada tahun 2022 mendedikasikan penghormatan itu untuk membanteras isu berkenaan.
Ads
Imbas kembali, wanita berusia 48 tahun ini mengecap kejayaan besar menerusi kumpulan Spice Girl. Dia memiliki tiga anak perempuan dari tiga hubungan dengan lelaki yang berbeza.
Kini dia kerap memenuhi undangan bertindak sebagai juri untuk pelbagai rancangan seperti X-Factor, The Masked Singer Australia dan America’s Got Talent.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun putus cinta, penyanyi Shawn Mendes kini dikatakan sudah kembali berpacaran dengan bekas teman wanita, penyanyi Camila Cabello.
Perkara itu hangat diperkatakan selepas kedua-duanya dilihat berkucupan mesra ketika menghadiri konsert Coachella yang diadakan di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Shawn dan Camila sebelum ini menamatkan hubungan mereka pada November 2021 selepas dua tahun bercinta.
Pasangan ini dikatakan mula bercinta sejak bulan Julai 2019.
Kemunculan di majlis anugerah MTV Video Music 2019 adalah penampilan pertama Shawn dan Camila sebagai pasangan bercinta selain menghiburkan peminat dengan lagu duet hit mereka, Senorita.
Sepanjang tempoh pandemik melanda dunia pada 2020, pasangan ini menghabiskan masa bersama dengan mendiami kediaman di Miami.
“Kami habiskan masa bersama dengan menunggang basikal di sekitar Miami dan momen itu sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,” kata Shawn.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Diana Danielle mengakui pada peringkat awal dia kembali bekerja dalam lapangan lakonan, reaksi yang diberikan anak sulungnya, Muhammad tidak begitu baik.
Ini kerana menurut Diana, anaknya yang ketika itu baru mencecah usia setahun kerap menangis dalam suatu tempoh lama hingga membuatkannya risau.
“#KisahBantalBusuk ni bermula dari Muhammad umur setahun, dia terkejut bila ibu dia dari full-time housewife, bekerja balik.
“Dari momen D (Diana) keluar rumah, sampai D balik, Muhammad takkan berhenti menangis sampai pernah hilang suara! Masa tu D sampai hampir lupakan nak kerja takut anak jatuh sakit..,” tulisnya.
Diana bagaimahapun lega apabila situasi berkenaan semakin baik apabila anaknya menunjukkan perubahan positif.
“Tapi satu hari tu D keluar kerja, dia senyap. Nanny bagitahu Muhammad start attached dgn patung bear favourite dia.
“Kalau dia nak minum botol atau tidur, kalau Ibu takde, bear akan teman, jadilah bantal busuk. Sampai harini.
“Tapi time to time, kena basuh jugak sebab tengit sangat baunya,” seloroh isteri aktor, Farid Kamil ini.
Diana berkongsi coretan berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram disusuli dengan kempen terkini satu jenama.
Sekadar informasi, Diana mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi yang menceburi dalam dunia perniagaan sudah pasti pernah mengalami pengalaman ada pembeli yang sering meminta diskaun terhadap item barangan yang dibeli.
Baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Adibah Noor misalnya ada berkongsi pendapat mengenai isu tersebut menerusi laman media sosial Twitter.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa ini berharap agar pembeli untuk tidak meminta diskaun bayaran terutamanya kepada peniaga kecil.
Pesannya lagi, elakkan daripada menjadi individu yang sedemikian.
“So true. Jangan sesekali mintak diskaun dengan peniaga kecil. Please dont be that person.,” tulisnya ringkas.
Sementara itu di lapangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan pendapat mengenai perkara tersebut.
Foto: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...