Bekas peserta American Idol musim kelima, Mandisa Lynn Hundley telah meninggal dunia pada usia 47 tahun, Khamis lalu.
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh pihak pengurusannya di akaun facebook rasmi penyanyi itu, mereka berkongsi bahawa wanita bersuara lunak itu ditemui meninggal dunia di rumahnya sendiri.
“Kami mengesahkan yang kelmarin Mandisa ditemui telah meninggal dunia di rumahnya. Pada masa ini kami tidak megetahui sebarang sebab dan juga perincian yang lain.
“Kami memohon agar semua mendoakan keluarganya dan juga kelompok sahabat baiknya agar boleh melalui masa yang amat sukar ini,” tulis kenyataan itu.
BACA JUGA: Hero Filem Nang Nak Meninggal Dunia Selepas Lima Tahun Hidap Penyakit Kulit
Mendiang merupakan salah seorang peserta American Idol musim kelima dan menamatkan pertandingan dengan berada di kedudukan kesembilan.
Pada musim itu, Taylor Hicks berjaya merebut gelaran juara. Walaupun tidak bergelar juara, Mandisa mencipta namanya sendiri dalam genre muzik gospel dan Kristian kontemporari.
Memiliki enam album studio, kehebatannya terserlah apabila berhaya menggondol anugerah muzik berprestij, Anugerah Grammy pada tahun 2014 menerusi kategori Album Muzik Kristian Kontemporari Terbaik.
Sedikit latar mengenai dirinya, Mandisa tidak pernah berkahwin dan merupakan anak jati Citrus Height, California.
Merupakan pelajar muzik jazz di American River College yang terletak di Sacramento, mendiang kemudiannya menyambung pengajian di Fisk University, Tennessee dalam bidang muzik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan