“Birthday Kau Tapi Aku Yang Dapat Hadiah,” – Berbalas Surprise, Giliran Ardell Aryana Pula Hadiahkan Suami Mercedez Benz C300

Share

Berbalas ‘surprise’ sememangnya sudah sinonim buat pasangan selebriti, Ardell Aryana dan suaminya, Nadzmi Adhwa sejak dari awal perkahwinan.

Masakan tidak, jika sebelum ini, Nadzmi telah pun menghadiahkan isterinya itu sebuah Toyota Alphard, kali ini giliran Ardell pula membuat kejutan yang sama dengan menghadiahkan suaminya itu sebuah lagi kereta baru jenis Mercedez Benz C200 Coupe.

Perkara berkenaan nyata mengejutkan Nadzmi yang langsung tidak menyangka dirinya akan turut menerima hadiah bersempena dengan ulang tahun kelahiran Ardell yang ke-31 pada Selasa.

“Selamat hari bahagia @ardellaryana. Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru.

“Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah. Kalau tiap-tiap hari birthday kau seronok juga kan HAHA. Hari hari aku dapat hadiah,” tulisnya.

Rasa teruja tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi sebuah video berdurasi hampir 30 saat yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Nadzmi turut mendedahkan isterinya itu tidak pernah gagal untuk membuat kejutan buat dirinya semenjak mereka masih berkawan lagi.

“Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah fail untuk suprise kan aku sampai terkentut kentut aku tadi,” katanya lagi.

Video tersebut telah pun meraih hampir 50,000 tontonan selai turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis terhibur melihat telatah pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga perkahwinan Ardell dan Nadzmi akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

Published by
Aizam Manaf