“Bismillah, Dengan Rendah Diri Menjemput…,” – Iesya Toh Nak Beri Sumbangan Minyak Petrol Percuma Kepada 100 Pengguna Motosikal Di…

Share

Semenjak berlakunya penularan wabak Covid-19, ramai di antara kita yang terjejas pendapatannya dek keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi meringankan beban, terdapat pelbagai badan-badan bukan kerajaan serta pihak persendirian yang tampil bagi menghulurkan sumbangan.

Menerusi perkongsi di laman Instagram, pengacara, Iesya Toh memaklumkan akan memberi sumbangan berupa minyak petrol kepada 100 penunggang motosikal di Lembah Klang.

Menurutnya, sesi penyerahan sumbangan tersebut bakal berlangsung di Stesen Minyak Petronas, Jalan Tun Razak pada jam 2.00 hingga 4.00 petang.

 “Bismillah. Esok, AHAD (6.12.2020) Sya dengan rendah diri menjemput 100 penunggang motorsikal untuk isi minyak secara PERCUMA.

“Di PETRONAS, Jalan Tun Razak (Taman Tasek Titiwangsa). Pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Mohon share ya. Terima kasih semua,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut menitipkan doa semoga Iesya akan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Iesya Toh

Published by
Aizam Manaf