Blackpink Sah Datang KL, Hiburkan Blink Mac Tahun Depan

Share

Kumpulan K-pop popular, Blackpink dilapor bakal mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Mac 2023.

Memetik laporan portal hiburan, TwentyTwo13, konsert kumpulan itu bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 Mac tahun hadapan.

Ini bakal menjadi konsert kedua mereka di negara ini selepas menjayakan persembahan pada tahun 2019 dengan menghiburkan peminat setia mereka yang digelar Blink.

Pengumuman tersebut seiring pelancaran sebuah album baharu mereka sekitar bulan depan, sekali gus bakal menganjurkan siri konsert jelajah dunia yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Blackpink yang terkenal dengan lagu Kill This Love dianggotai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo mula bertapak dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

Selain Blackpink, Kuala Lumpur juga menjadi destinasi pilihan Billie Eilish yang akan mementaskan konsert di premis sama pada 18 Ogos depan, disusuli Calum Scott, Oktober depan dan Jay Chou pada 15 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, konsert Justin Bieber yang dijadualkan dianjurkan di sini, pada 22 Oktober depan, belum dapat dipastikan.

Ini berikutan penyanyi itu mengalami sindrom Ramsay Hunt atau kelumpuhan wajah yang memaksanya menangguhkan siri jelajah dunia di beberapa lokasi sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar