BMW Khai Bahar Langgar Tayar Lori Ketika Nak Balik Kampung, Peminat Risau Cemas!

Share

Penyanyi popular, Khai Bahar dilaporkan telah terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Perlis.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, kereta yang dipandu oleh Khai dikhabarkan telah melanggar sebuah tayar lori di tengah lebuh raya.

Menurut penyanyi lagu Luluh itu, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun keretanya perlu ditarik.

“Bulan ini sahaja dah berapa kali balik Perlis tapi kali ini tak sempat nak sampai perlis sebab terlanggar tayar lori di tengah lebuh raya.

“Alhamdulillah, tiada perkara yang serius,” katanya kepada MH.

Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menerusi hantaran di ruangan di Instagram Stories.

Sementara itu, menerusi posting terkini di Instagram, Khai memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada rakannya kerana telah menghantarnya pulang selepas kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa risau selain turut menasihati Khai agar lebih berhati-hati ketika memandu selepas ini.

“Moga dipermudahkan urusan Khai sekeluarga.

“Alhamdulillah, selepas ini kalau nak bermusafir jangan sorang-sorang.

“Semoga Allah selalu menjaga dan melindungimu dimanapun berada.

“Alhamdulillah, semoga baik-baik sahaja semuanya. Semoga Khai sentiasa dibawah lindungan Allah hendaknya.

“Alhamdulillah, lega sangat. Nasib baik semuanya okay,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Khai memaklumkan dirinya harus pulang ke kampung halaman untuk memujuk ibunya ke hospital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Khai Bahar

Published by
Aizam Manaf