Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Perkara ini disahkan isteri Allahyrham Relawati Daud ketika dihubungi rakan rapatnya, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi, memetik Awani.
“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia.
Ads
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik kumpulan legenda tanah air termasuk Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.
Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.
Ads
Astro AWANI sedang mengesahkan punca kematian Allahyarham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Ads
Sementara itu, rakan selebriti menerusi media sosial masing-masing mulai memberikan penghormatan terakhir seterusnya mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, al-Fatihah.
Sumber : Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menyampaikan berita sedih apabila memaklumkan ibunya, Puan Hajjah Norlia Abd. Majid telah meninggal dunia sekitar jam 12.30 malam tadi.
Perkongsian tersebut dinyatakan penyanyi Terlalu Istimewa itu menerusi media sosial, sebentar tadi.
“Assalamualaikum wrt wbt. Ibu kami, puan hajjah norlia bt. abd. majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1230 malam tadi,” tulisnya.
Kongsinya lagi, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Al-Ansar jam 9.00 pagi ini.
“Jenazah akan dibawa ke masjid al-ansar, taman keramat pada jam 9pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan,” kongsi Adibah.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan artis turut menitipkan doa dan sedekahkan al-Fatihah.
Salam takziah buat Adibah seisi keluarga dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.
Foto: Instagram, Facebook Adibar Noor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan pelawak Man Pos seakan-akan meluahkan isi hatinya.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai dan ada yang menganggap Man seakan kecewa kerana tidak dipilih untuk terlibat di dalam program sitkom popular, Sepahtu Reunion Live musim ini.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Man memaklumkan dirinya memang ada meletakkan harapan namun, dia akui Sepahtu berhak membuat penilaian sendiri.
“Ramai yang minta saya bersabar dan katanya mereka tahu saya nak tujukan video itu kepada siapa. Saya pun pelik kerana video tersebut dibuat secara rawak sahaja.
“Rupanya mereka kaitkan video tersebut dengan program Sepahtu Reunion Live.
“Bagi saya, Sepahtu ada penilaian mereka sendiri walaupun mereka kerap mengusik dan mengatakan saya bakal menjadi ahli tetap.
“Selepas mereka kata sebegitu, saya pun dah berangan-angan. Mesti seronok dapat sertai mereka setiap minggu dan saya boleh kembangkan bakat serta idea untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya kepada MH.
Juara Raja Lawak musim ke-5 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim, baru-baru ini.
Pada masa sama, Man akur dengan keputusan Sepahtu yang lebih memilih beberapa orang Tik Tokers untuk terlibat dengan program mereka musim ini.
“Bila mereka mengambil empat orang Tik Tokers, ada pula yang kata, apa salahnya mereka selitkan nama saya seorang. Padahal nama saya sudah selalu disebut-sebut.
“Pada saya, rezeki sudah tertulis sebegitu. Takkanlah kita nak paksa orang. Kalau mereka rasa cara begitu lebih baik, teruskan sahaja.
“Saya akui memang meletakkan harapan untuk sertai Sepahtu. Nama mereka sudah besar. Dulu kita ada Senario, kini ada Sepahtu.
“Kalau saya sertai Sepahtu, tawaran kerja tidak akan terhenti di situ sahaja. Ia secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berbincang secara peribadi bersama kumpulan Sepahtu untuk menyertai program mereka, Man memaklumkan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.
“Saya bukanlah ego tapi ada harga diri. Kalau berjumpa, kita borak seperti biasa. Kalau mereka buat diam, takkan saya nak tanya pula. Saya ni juara Maharaja Lawak 2019 dan Raja Lawak 2005.
“Bila Allah nak bagi kita sesuatu perkara, itu adalah benda baik. Kalau Allah tak bagi, itu bermakna Dia nak bagi hal yang lebih baik.
“Saya reda dan positif. Video yang saya buat itu sekadar konten sahaja. Kalau berkait pun hanya kebetulan sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Man merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem terbaharu arahan Asmawi Ani yang berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lalu, netizen telah meninggalkan komen dan mendoakan agar hubungan mereka kekal selamanya.
Selang beberapa bulan kemudian, pasangan itu berkahwin pada 28 Mei 2011 di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.
Mereka kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, Indah Rauvda Inaara, 2 dan Ahmad Firaas Mevlana, yang dilahirkan 6 Januari lalu.
Foto : IG Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!