Pelakon, Zalif Sidek mendedahkan dirinya telah pun membuat laporan polis berhubung isu namanya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi menjalankan sendiket penipuan atas talian.

Menurut Zalif, individu berkenaan telah pun memperdayakan ramai orang terutamanya menerusi aplikasi Whatsapp dan Instagram.

“Bodoh Punya Scammer,” – Guna Nama Untuk Penipuan Online, Zalif Sidek Buat Laporan Polis!

“Diorang guna nama aku untuk scammer atau pelbagai agenda jahat! Tolong jangan terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan Polis.

“Saya telah menerima text mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorg menghantar beberapa gambar screenshot akaun instagram Bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan Milik saya.

Ads

“Saya syaki akaun IG tersebut telah menggunakan nama saya untuk memperdayakan orang lain, menipu & scammer orang lain. Tengok nombor telepon pun tak tahu negara mana!

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tujuh Petala Cinta itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Zalif itu turut menitipkan ucapan penghargaan buat ketua polis daerah Bangi dan Kajang kerana telah memberikan kerjasama yang baik terhadap dirinya.

Ads

“Bodoh punya SCAMMER! Mohon semua kawan kawan atau kenalan saya di IG atau media sosial, jom report ramai ramai & semoga korang semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Thank you for detail info @joicietse & my brother @razlandreamarts .

“Thank you so much @pdrmsia_official Ketua Balai Bangi Kajang atas Kerjasama anda. Banyak dibincangkan semalam. Jutaan Terima Kasih @skmm_mcmc @finasmalaysia @instagram .

Ads

“Selain dari akaun official ig sy @zalifsidek takde sebarang akaun lain thank you,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat kepada Zalif agar dia lebih peka mengenai permasalahan ini pda masa akan datang.

“Bodoh Punya Scammer,” – Guna Nama Untuk Penipuan Online, Zalif Sidek Buat Laporan Polis! “Bodoh Punya Scammer,” – Guna Nama Untuk Penipuan Online, Zalif Sidek Buat Laporan Polis!

Sumber: Instagram Zalif Sidek

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI