Baru-baru ini, tular di laman media sosial satu rakaman video yang dilakukan oleh pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin bagi mempromosikan produk yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Malah, rakaman video TikTok yang dikongsikan itu memaparkan Syatilla melakukan transformasi kulit wajah gelap kepada cerah dengan menggunakan foundation menjadi perbualan hangat warga maya.

Bintang media sosial, Nandini Balakrishnan misalnya turut memberikan respon mengenai rakaman tersebut di akaun media sosial Twitter miliknya.

“Kakak oh kakak, bodoh tu tolonglah simpan sikit untuk anak cucu semua janganlah habiskan semua,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Nandini berpendapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan produk kecantikan dan tidak seharusnya menjadikan warna kulit gelap sebagai satu bahan jenaka.

“Kalau setakat nak jual foundation banyak ways to market kak oiiiii. Takyah lah blackface.

IKLAN

“And orang pakai foundation bukan untuk jadi fair tau,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan aksi isteri aktor, Shaheizy Sam itu yang awalnya berwajah gelap dengan hasil contengan warna hitam lalu berubah warna sejurus aplikasikan foundation pada wajah.

Terdahulu, nama Syatilla pernah hangat diperkatakan gara-gara video mempromosikan produk jamunya, Pengaseh sebelum ini.

Foto: Twitter Nandini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI