Semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Mei yang lalu, pasti ramai diantara kita yang banyak menghabiskan masa hanya di rumah.
Kebanyakkan aktiviti-aktiviti di luar juga kini sudah tidak lagi dibenarkan.
Suasana seperti ini pasti membuatkan kita berasa rindu akan kebebasan yang dimiliki sebelum ini.
Jika sebelum ini, kita boleh bersiap-siap untuk ke tempat kerja atau pun melakukan apa sahaja aktiviti-aktiviti di luar, kini pakaian tersebut mungkin sudah tidak lagi disentuh.
Bagaimanapun, berbeza pula bagi pelakon, Intan Najuwa apabila dia dilihat tetap berhias dan mengenakan pakaian yang cantik meskipun hanya duduk di rumah.
Ads
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok, Intan dilihat ada menggayakan beberapa stail pakaian yang berlainan warna.
“Which one your favourite colours,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak apabila berjaya meraih lebih 2 juta tontonan dan turut dihujani ribuan komen.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai dan pada masa sama mereka turut memuji bentuk badan Intan yang langsing.
Ads
“Cantiknya bentuk badan dia. Ni masa aku remaja dulu sewaktu usia 20-an. Sekarang susah nak turun selera besar.
“She looks confident in red.
“Ya Allah, pinggangnya kecik benar.
“Body Cantik Pakai Apa Pun Cantik,” antara komen-komen netizen di laman Tik Tok.
Sumber: Tiktok Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kematian chef selebriti berusia 29 tahunmeninggal oleh sepupunya, Natasha Amran yang juga merupakan sepupu kepada ibu pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
“ALFATIHAH UNTUK ADAM SEMOGA ROH ADAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN,” tulisnya.
Watak Doktor Sani, pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching, Sarawak dalam filem bergenre seram fiksyen, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberi cabaran tersendiri buat pelakon berkaliber, Bront Palarae.
Menerusi filem terbitan Produksi Seni 2020 ini, Bront bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Bront berkata, cabaran dihadapi dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.
“Selain aspek logistik, saya juga berdepan cabaran dari aspek fizikal. Ini kerana ia juga membabitkan babak aksi lagak ngeri dalam filem ini.
“Jika nak diikutkan, babak pelakon wanita iaitu Daiyan dan Uqasha lebih mencabar dalam filem ini.
“Namun, mereka sangat profesional ketika bekerja dan berjaya melakonkan babak dengan baik di lokasi penggambaran,” katanya.
Mengenai gandingan dengan Uqasha, kata Bront, dia mudah bekerjasama dengannya kerana dia pelakon berpengalaman.
“Bukan dengan Uqasha sahaja, saya juga tidak ada masalah mendapatkan keserasian dengan pelakon lain kerana ia membabitkan kerjasama secara berkumpulan. Plot penceritaan filem ini juga mengenai ekspedisi sekumpulan pengkaji,” katanya lagi.
Mengulas kerjasama dengan Jason pula, kata Bront, dia memang rindu untuk bekerja dengan pengarah berkenaan.
“Saya pernah bekerja dengan Jason dalam beberapa projek filem, tetapi dalam genre berbeza.
“Antaranya, filem Belukar, Kau Takdirku dan dua musim siri The Bridge.
“Justeru, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan bekerjasama dengan Jason dalam filem Sumpahan Jerunei ini,” katanya.
Ditanya kelainan filem Sumpahan Jerunei berbanding genre seram yang pernah dilakonkan, kata Bront, dia tertarik dengan nilai budaya yang diketengahkan dalam filem yang mengangkat mesej mengenai adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak.
“Saya ditawarkan penerbit, Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo untuk membintangi berlakon dalam filem ini pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) pada 2019.
“Saya menerima tawarannya untuk berlakon dalam filem Sumpahan Jerunei kerana tertarik dengan elemen pengembaraan dan nilai budaya yang diketengahkan dalam naskhah ini,” katanya.
Sementara itu, kata Bront, filem Sumpahan Jerunei juga memiliki kekuatan dan mesej yang mahu disampaikan pada penonton.
“Secara peribadi, saya berasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.
“Aspek budaya yang diketengahkan juga sedikit sebanyak menjadi nilai tambah yang menarik buat filem ini,” katanya.
Sumpahan Jerunei mengisahkan, di Melanau purba, kematian bangsawan atau ketua kampung dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.
Apabila profesor arkeologi, Dr Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri, dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.
Dr Sani disertai oleh Arjuna (bekas pelajar), Bee dan Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber).
Dalam kegelapan malam, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, misteri, sakit luar biasa, mimpi buruk dan ada juga mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei.
Sumpahan Jerunei akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).
Menurut laporan, allahyarham yang ketika itu berusia 37 tahun tidak sempat menyelamatkan diri selepas terbabas dan melanggar papan tanda.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Al-fatihah buat Achik dan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham.
Foto : Instagram Tajul Ariff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.