“Dalam 90,000 penyokong yang hadir, saya tak sangka berjaya dapat terkam bola hasil sepakan Safawi yang diberikan kepada peminat,” itu kata suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob.
Dia berkara demikian ketika diminta berkongsi mengenai detik dia mendapat bola hasil sepakan pemain Harimau Malaya itu di final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Raf yang juga adik kepada penyanyi Datuk Fazley ketika dihubungi memberitahu, dia menyifatkan situasi tersebut sesuatu yang luar biasa.
“Ketika pemain keluar ke padang dengan memegang bola saya sudah agak mereka akan berikan bola pada penonton. Ketika Safawi menendang bola pertama ia bukan ke arah saya, tapi tiba-tiba Safawi berlari ke belakang gol dan menendang bola keduanya.
Ads
“Entah bagaimana bola itu menuju ke arah saya dan lalu berjaya menangkapnya,” kata Raf teruja.
Pada masa sama Raf turut memberitahu dia tidak tahu aksinya itu telah dirakam isteri.
Ads
“Apabila sudah berjaya menangkap bola itu, baru saya perasan yang Mawar sedang merakamnya. Mawar pula kebetulan mahu mengambil video kerana melihat ramai peminat bersorak ketika pemain keluar ke padang.
“Ketika mendapat bola itu saya juga berharap supaya Safawi dapat menjaringkan gol dan tak sangka doa itu termakbul,”terangnya lagi.
Ads
Dalam perlawanan yang berkesudahan seri dua sama itu, Safawi menjaringkan gol kedua pasukan negara menerusi sepakan percuma.
Pembaca berita, Ezreena Amir Hamzah mendedahkan dirinya kini sudah bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
Katanya lagi, dia juga berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.
“Apa yang membuat saya berubah?
Kisahnya begini.
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pembaca berita Buletin Utama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezreena Amir Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Sekarang saya masih lagi single meski sudah berusia.” Itu kata pelakon, Isyariana Che Azmi apabila ditanya mengenai kisah peribadinya ketika ini.
Isyariana, 31, berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut kerana keutamannya kini hanya kepada kerjaya seni yang makin bersinar.
“Tak adalah risau sangat, cuma sekarang ini, lebih mahu fokus dengan kerjaya. Sekarang saya sudah berusia 31 tahun.
“Boleh dikatakan, sudah ada yang mulai kenal jadi lebih baik saya betul-betul fokus terhadap perkara yang saya mahu dilakukan terlebih dulu. Jaga tingkah laku dan kerjaya sahaja.
“Kalau selepas ini ada rezeki (jodoh), ada yang nak ‘offer’ meminang ke… bolehlah,” katanya berseloroh.
Ditanya sama ada dia bimbang andai lambat sampai jodoh, penerima trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 33 berkata dia lebih selesa menanti.
“Saya tak takut sebab lebih baik untuk kita tunggu seseorang yang tepat, berbanding buang masa dengan orang yang salah. Pengalaman mendewasakan.
“Sebelum ini perhubungan yang hadir bukanlah ‘toxic relationship’, cuma saya sejak dulu tanggung keluarga. Jadi untuk sisi peribadi misalnya soal teman lelaki, perkara itu sudah jatuh nombor dua atau nombor tiga, mungkin keempat.
“Saya anak tunggal namun turut punyai adik beradik tiri. Sebab itulah sekarang saya tumpu pada kerjaya. Ini bermakna ada perkara yang perlu diberikan keutamaan, merekalah nadi hidup saya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Isyariana kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 65 episod, Hati Yang Dikhianati, yang telah pun bersiaran di Astro Prima.
Turut dibintangi Amar Baharin, ia merupakan adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
Isyariana berkata, dia membawakan watak Lisa Estrada atau Nur Melissa dalam siri adaptasi terbabit. Bagaimanapun, watak Nur Melisa digambarkan lebih kasar berbanding Lisa yang lemah lembut.
“Saya akui agak tertekan apabila diberi kepercayaan membawakan watak utama dalam drama yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.
“Paling bimbang jika ada membandingkan watak Nur Melisa dengan Lisa. Walaupun drama Hati Yang Dikhianati hampir 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza.
“Karakter Lisa suka menangis dan sedih tetap ada, cuma Nur Melisa lebih kuat, tetapi tidaklah terlalu bersifat feminin seperti Lisa,” katanya lagi.
Foto: Astro, Instagram Isyariana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kisahnya yang lebih 31 tahun menyemai kasih sayang bersama suami, Daud Leroy Abdullah yang menjadi inspirasi, pelakon Azah Aziz berkongsi pula foto terkininya bersama keluarga tercinta.
Hampir tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, bintang yang menetap di Montreal, Kanada kini bahagia harmoni bersama tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang menginjak dewasa.
“Married at 22, have my first born at 24, happily married for 28 years. Here my picture with my older son and last picture with all my 3 sons. I’m the queen in the house,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah menerusi hantaran terdahulu, Azah yang kini meniti usia 50an turut berkongsi foto lamanya sambil merakam memori indah.
“Picture 19 tu baru kenal, early 20’s tengah bercinta. Late 20’s dah kahwin anak seorang.
“30’s anak 3, 40’s anak-anak dah besar dan 50’s anak-anak dah boleh nak khawin, kita tunggu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi generasi 80-an dan 90-an, Azah yang juga bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 cukup bergiat aktif sebagai model selain lakonan.
Dia bagaimanapun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya seni demi mengikuti komitmen suaminya yang bekerja di luar Malaysia.
Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz positif dengan menyeru para pengikutnya di media sosial untuk cuba berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...