Categories: Berita

“Boleh Hina Dan Maki Saya, Tapi Tolong Jangan Hina Nabi Saya,” – Dikritik Selekeh Dan Janggut Serabai, Ini Reaksi Datuk Red

Share

Masih hangat kisah rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adnan Abu yang diperkatakan peminat, Adnan atau lebih sinonim disapa Datuk Red ini memohon netizen tidak sewenang-wenangnya mengkritik penampilannya sehingga menjadi penyebab Adira memfailkan perceraian.

Jelasnya, kutukan dan hinaan yang dilemparkan secara tidak langsung ibarat menghina sunnah Nabi Muhammad SAW.

Salam Subuh, Puan-puan dan tuan-tuan boleh hina dan maki saya. Tapi tolong jangan hina nabi saya.

"Biarpun kita zaman dah canggih. Kita boleh komen sesuka hati menghina orang selekeh dengan janggut serabai patut la bini nak tinggalkan dia.

"Kadang-kadang kita tak sedar dalam niat nak maki orang tu kita dah terhina nabi kita S.A.W.”

kongsinya menerusi Insta Story.

Lelaki ini turut memberi kenyataan balas berikutan kata-kata ‘hubungan intim’ yang keluar daripada mulutnya.

Jelas Datuk Red, ia hanya sekadar seloroh bersama teman-teman dan tidak menyangka akan menjadi bahan berita.

Terdahulu, Adira Suhaimi mengesahkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Daerah Gombak dan perbicaraan kes berjalan kira-kira petang Rabu.

Untuk rekod, keduanya telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak hasil daripada semua perkahwinannya.

Foto : Instagram Datuk Red

Published by
Noraini Abd Wahab