Selain Datuk Seri Aliff Syukri, turut memberikan dedikasi buat Qayyum ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang menyifatkan dia mungkin bukan ibu terbaik buat kanak-kanak itu.
Malah ujarnya seperti yang dipetik menerusi perkongsian usahawan tersebut di Instagram, dia mungkin akan lakukan perkara sama iaitu mengambil anaknya kembali andai dia berada dalam situasi ibu kandung Qayyum.
Berikut merupakan antara coretan yang dikongsi Shahida;
“Nak tahu kenapa saya x bagi kutuk2 mak qayyum lebih2?? Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yg sama….zaman laman sosial ni……..mcm2 benda boleh jadi.
“Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain.
“Dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis.
“Korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la…. ameena tak,itu lah inilah…..dan inilah apa yg berlaku sekarang….
“Belum lagi isu tunjal kepala la….apa lagi nak jadikan isu lepas ni…kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain…dah dia beranak hospital tu…situ lah dia pergi.
“Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk… so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua…
“Saya tidak marah dan berdendam…cuma supaya benda2 ni tidak berlaku pada masa lain…..yg dah jadi x boleh putar balik pun….cuma doakan yg terbaik je dah memadai…saya saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum.
“Nak gaduh dgn netizen pun x guna nanti balik2 mereka juga yg betul dan baik….Jangan Bimbang….netizen sentiasa betul,yg salahnya saya….keluarga saya x cukup baik…….apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun…pura2 sedih aja.
“Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik….Mak dia pasti jaga dia lebih baik,saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni.
“Saya boleh jer x nak bagi tapi mcm mana pun itu tetap mak dia jadi x nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak dia,” tulis Shahida panjang lebar.
Sementara menerusi Instagram Aliff pula, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada memaklumkan dia bakal menyerahkan kembali Qayyum kepada ibu kandungnya, hari ini.
Foto: Instagram Datin Seri Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI