“Boleh Jumpa, Cuma Lain Suasana,” – Genap 26 Hari Pemergian Isteri, Shuib Ziarah Pusara Siti Sarah

Share

Setelah 26 hari berlalu, usahawan dan pelawak Shuib telah menziarahi pusara kubur arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi ke negeri abadi sejak 9 Ogos lalu.

Menerusi entri di akaun Instagram miliknya, Shuib turut berkongsi momen tersebut ketika berada disisi kubur arwah Sarah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

“Boleh jumpa,Cuma lain suasana #26hari #4Sept2021 #ALFatihah,” tulisnya ringkas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat tidak dapat menahan sebak menonton perkongsian tersebut lalu menitipkan kata semangat kepada Shuib supaya tabah mengharungi ujian hidup.

“Allahuakbar… rindu yang takda penghujung…,” tulis seorang wargamaya.

“semoga selalu tabah bang alfatihah utk arwah.. saya tahu abang kuat,” titip seorang peminat.

“Smua rindu kan dia… AL fatihah,” luah seorang netizen.

“Sampai sekarang masih rasa x percaya, saya rasa macam sarah ada lagi.,” tulis lagi seorang netizen.

“Sampai masa tuan akan ketemu bidadari tuan di tempat yg lebih indah. insyaAllah tuan,” tulis peminat.

Sekadar informasi, Sarah yang sedang hamil 7 bulan telah dijangkiti wabak Covid-19 telah disahkan meninggal dunia dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, pada 9 Ogos.

Foto: Instagram Shuib

Published by
Nazar Rafiqhi