“Ya Allah, ni kali ke dua mak jadi macam ni. Pertama kali pada bulan Februari. Darah beku dekat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.
“Tadi pun sama. Kebetulan ada appointment dengan doktor hari ni untuk follow up sakit mak. Tahu-tahu je mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala. Silap-silap mak pun bole ikut abah (Al-fatihah)
“Yang bahayanya kali ni mak tiada rasa pening-pening. So, tiada hint sakit takut nanti tak sedar tahu-tahu je,” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon filem, Hantu Bonceng ini tetap menzahirkan rasa lega kerana ibunya itu sempat untuk berjumpa dengan doktor.
Ads
Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa agar ibunya itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa.
“Nasib masa ni abang memang nak bawak mak pergi check up if not mak sorang-sorang tak tahu apa jadi sebab tak ada tanda-tanda pening atau apapun. Ya Allah kau lindungilah dan berikan kesembuhan pada ibu kami Amin
“Kadang-kadang luaran nampak kuat, sihat dan happy tapi sebalik ni semua, hanya Allah Maha Mengetahui.
Ads
“Hargailah mereka yang menyanyangi dan berkorban untuk kita selagi masih berada disisi kita. Terima kasih mendoakan mak kami. Hanya Allah dapat membalas doa-doa kalian,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jue dan ibunya.
“Ya Allah permudahkan segalanya semuga mak cepat sihat akak ada yea Jue. Be strong.
“Akak tingginya bp mak. Suruh dia banyak rehat dan makan ubat yang doktor bagi. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Ads
“Semoga mak sis sihat seperti sedia kala.
“Moga sentiasa dalam lindungan Allah.
“Saya dalam perjalanan ke Madinah. Insya Allah akan saya doakan buat ibu Jue sekiranya berkesempatan di Raudhah nanti. Semoga ibu Jue diberikan kesembuhan dan kesihatan seperti sediakala oleh Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Pada Februari lalu, ibu kepada Jue telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber& Kredit Foto: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Pinkan Mambo cukup terkenal dahulu sebagai salah seorang duo asal daripada kumpulan Ratu bersama Maia Estiaty sebelum mengambil keputusan bergerak secara solo pada 2004.
Lagu hit mereka seperti ‘Salahkah Terlalu Mencintaimu’ popular sehingga kini.
Khabar terbaharu, Pinkan telah mendirikan rumah tangga buat kali keempat setelah tiga perkahwinan dahulu kandas di tengah jalan.
Memilih TikToker tekenal, Arya Khan atau nama sebenarnya Muhammad Rizky sebagai suami, Pinkan perlu membuat keputusan kembali semula memeluk agama Islam sebagai syarat.
Status agama penyanyi bersuara lantang ini disahkan sendiri oleh Arya saat bersiaran secara langsung di laman media sosial, Tiktok.
“Aku sudah beritahu, kalau mahu kahwin dengan aku, kamu harus menjadi Muslim. Aku tidak mahu berkahwin beza agama. Jadi kita sepakat, dia menjadi seorang Muslim,” ujar Arya memetik laporan suara.com.
Pernikahan Pinkan dan Arya berlangsung sederhana dan disiarkan di TikTok.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 24 Disember 2023 bertempat di rumah Arya. Pinkan menerima mas kahwin bernilai Rp100 ribu.
Imbas kembali, Pinkan Mambo atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dilahirkan sebagai muslim sebelum membuat keputusan untuk pindah agama kepada Kristian pada tahun 2005.
Kini berusia 43 tahun, Pinkan memiliki lima cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Masya Masyitah memaklumkan sudah hadir memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu berhubung dakwaan pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah dari Kuala Lumpur menggunakan surat merentas negeri ibunya.
Masya, 21, berkata, pihaknya telah memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dijalankan.
“Saya sudah hadir memberi keterangan pada hari keempat sambutan Aidilfitri lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
“Di pihak saya, tiada masalah setakat ini kerana kerana saya bukannya mencuri, menipu atau mengenali anggota berkenaan untuk dapatkan surat merentas negeri.
“Ketika itu memang dibenarkan merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi,” katanya.
Masya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single mandarin solo pertamanya berjudul Jiu Meng Xin Su secara virtual, pada Khamis.
Single berkenaan hasil ciptaan penulis lirik dan komposer muzik tempatan, Kai Kai dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.
Sementara itu, Masya bagaimanapun tidak mahu merumitkan keadaan dan tidak mampu mengawal mulut netizen yang masih membuat spekulasi tidak berasas.
“Saya akui mungkin silap saya kerana bercerita mengenai perkara ini. Jadi saya ambil apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran.
“Fasal netizen saya tak mampu nak mengawal apa yang mereka fikir.Saya pun sudah ambil pengajaran dan menjalankan apa yang sudah diminta, jadi sebaiknya saya tak mahu ambil tahu, saya pula yang kena nanti,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Masya Masyitah atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim, Kedah atas ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.
Selepas mendapat pelepasan rentas negeri yang dimohon ibunya, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.
Bagaimanapun, hal tersebut menimbulkan reaksi pelbagai warganet meski penyanyi berkenaan sudah pun memperjelaskan situasi sebenar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Bila tengok kesemua peserta, mereka memang amazing.” Itu persepsi dari penyanyi Atilia atau nama sebenarnya, Raja Puteri Atilia Raja Haron apabila ditanya mengenai sejauh mana keupayaan semua peserta bersama penari mereka yang bertanding di program hiburan, Dansa Dan Sing.
Turut bersaing bersama Yasmin Hani & The Lola, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sangkar ini juga tidak menafikan persaingannya bersama bintang muda lain cukup sengit.
Terdahulu pada minggu pertama saingan, kumpulannya diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah paling rendah di kalangan sembilan peserta lainnya.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila tiada penyingkiran diumumkan.
“Mereka sangat dahsyat, jadi kena perbetulkan mana yang salah dan kami kena kejar mereka. Misalnya dari segi latihan, vokal, cari energi dan sebagainya.
“Saya 46 tahun pada tahun ini dan ini antara cabaran terbesar saya setakat ini. Kalau nak diikutkan, kebanyakannya dalam usia 20-an dan kalau kita tengok mereka energetik dan stamina pun sangat bagus. Jadi i have to work extra hard,” katanya jujur mewakili Yasmin Hani dan The Lola.
Ditanya mengapa dirinya bersetuju untuk turut sama bertanding dalam program terbabit, anak kenapa penyanyi senior, Salamiah Hassan ini ada jawapan sendiri.
“Hani (Yasmin Hani) yang pelawa saya sertai sebenarnya. Saya okay saja memandangkan bulan ini hingga Mac biasanya saya tidak banyak buat persembahan karporat, jadi mengapa tidak. Lets do this.
“Sebelum ini saya pernah dapat tawaran untuk sertai Gegar Vaganza akan tetapi saya tolak kerana saya tidak suka pertandingan yang macam… nervous sangat.
”Macam yang ini ada kawan-kawan dan ia berasaskan tarian,” akhirinya yang sebelum ini pernah menyertai Mania bersama rakan band dan Sehati Berdansa.
Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hadi Mirza. Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu bagi memberikan komen bersama Linda dan Rizalman.
Konsert mingguannya ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Foto: Instagram Alitia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menafikan dakwaan adik iparnya yang juga pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam ada meminjam wang berjumlah RM1.5 juta seperti yang tular di media sosial.