Pelakon, Adam Shahz yang kini bersama untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), meluahkan rasa syukur selepas dirinya disahkan negatif COVID-19.
Menurut Adam, dia juga terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 18 hari selapas ada melakukan kontak rapat bersama pesakit yang tidak jujur dengan tahap kesihatannya.
“Alhamdulillah, result negatif setelah 18 hari dikuarantin setelah contact rapat dengan orang yang tidak jujur dan positif.
“Janganlah pentingkan diri sendiri, dan merisikokan kesihatan orang lain,” kongsinya di akaun Twitter.
Mengulas lebih panjang di akaun Instagram pula Adam memberi tahu bahawa individu terbabit didapati tidak mematuhi prosedur standard saringan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Lama tak tengok saya post gambarkan? Sebelum ni saya dikuarantin 18 hari kerana ada contact dengan +ve covid19.
“Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan.
“Tak kisahlah siapa pun, once dah buat saringan tak sepatutnya keluar!! Duduk rumah, jauhkan dari contact rapat dengan orang.
“Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja.Kalau tak sayang nyawa sendiri, atleast sayanglah nyawa ahli keluarga tu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adam turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pesakit yang berlagak dan tidak mengendahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan.
“Untuk kluster kayangan, berapa ramai dah frontliner dikuarantin sebabkan kamu.
Boleh tak jangan berlagak macam dewa, banyak lagi kerja yang kami perlu buat.
“Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu kamu, walhal kami ada pilihan untuk STAY AT HOME!
“Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tak sepatutnya nak LEBIH-LEBIH.
“Bersyukur atas apa yang TUHAN beri, selebinya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari COVID19,” kongsinya lagi.
Entri tersebut turut disertakan dengan surat pengesahan doktor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menerusi rumangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut lega mendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta supaya orang ramai memberi kerjasama kepada petugas barisan hadapan.
Terdahulu, Adam merupakan salah seorang daripada selebriti yang berkhidmat di barisan hadapan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Instagram & Twitter Adam Shahz