Selepas genap 40 hari pemergian bapa tersayang Allahyarham Basir Ahmad, pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan kehilangan tersebut memberikan impak yang besar di dalam kehidupannya.
Menurut Sharnaaz, antara perkara yang paling dirindukannya adalah panggilan telefon daripada arwah setiap kali bila dia bekerja di lokasi penggambaran.
“Apa khabar pa? Apa khabar papa di sana? Pada luaran, saya okay sahaja kerana terpaksa. Namun, dalam hati ini, saya masih berharap agar nama papa muncul di skrin telefon saya.
“Papa akan tanya shooting macam mana? Dah nak habis ka? Yes pa, shooting nanaih dah nak habis ni and yes film ni best pa.
“And you will always said at the end of the call is cek jaga diri elok elok naa and go do your work, papa saja ja call cek” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Polis Evo 3 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Sharnaaz turut memaklumkan dirinya kini sanggup bekerja keras setiap hari demi menghilangkan kerinduan yang menebal terhadap bapanya itu.
“Papa, 40 hari dah papa tinggalkan kami. Saya berkerja hari-hari tanpa henti hanya untuk jadikan saat ini lebih mudah tapi bila nak habis ni, susah pa.
“Saya sangat rindukan papa. Saya seorang lelaki. Saya tidak akan cakap saya sayang atau peduli tapi saya akan tunjuk. Saya minta maaf seandainya saya pernah menyakiti dan buat papa tidak berasa bangga,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, memori bersama bapanya akan sentiasa kekal dalam ingatannya hingga ke akhir hayat.
“Yes i am a bad boy, but i hope never a bad son to you. Selama 40 tahun ini, terima kasih kerana beri saya peluang untuk menjadi anak papa.
“Saya sangat bertuah mempunyai papa sebagai ayah. Jika dapat putarkan masa kembali, boleh tak kita main sekali kagi wau (layang-layang) depan rumah macam dulu-dulu? Sekali pun jadilah papa,” akhirinya.
27 November lalu, Sharnaaz berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta yang meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi.
Sharnaaz bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian bapanya namun, sebelum ini pernah berkongsi Allahyarham mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad