Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.
Ini kerana, anaknya itu rasa kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain bersama.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Anak bujang mummy @awishzarisz. Dia org request. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim,” tulisnya ringkas sambil memberikan kredit.
Ternyata, apa yang diceritakan Memey mendapat perhatian wargamaya dan ada yang turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Terdahulu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto: Instagram Memey Suhaiza