Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang pada lewat petang Rabu.
Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Memetik laporan Buletin TV3, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
“Pada 9.04 malam, teman wanita Afham menghubunginya dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.
Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahfam juga merupakan abang kepada penyanyi terkenal, Aufahanie.
Sumber & Kredit Foto: Buletin TV3