Pelakon, Aaron Aziz ada memaklumkan kepada para pengikutnya di Instagram mengenai perkembangan terkini kesihatan ibunya.
Seterusnya, bintang kelahiran Singapura ini turut beri pesan kepada orang ramai supaya memujuk orang tua yang ‘liat’ ke hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjutan andai ada sesuatu yang menimpa.
“I think most elderly parents memang susah nak bawak jumpa Doctor kan. Most will believe in jamu, this supplement that supplement and not western medicines.
“So bonda tersayang injured her toe sampai jadi mcm tu, tapi degil jugak tak nak ke Hospital..cuma nak clinic.
“Kata Bonda ku, “Tak nak la nanti Doctor tahan”…so to cut long story short, the Doc kata she has to be on insulin. Sugar too high etc,” tulisnya.
Pada masa sama, Aaron turut meminta agar anak-anak memujuk ibu bapa supaya ke hospital dengan cara berlembut.
“Jadi saya nak bagitau Kalau ada ibu-bapa yg tak nak buat check up pls pujuk them. Pujuk diaorang dgn penuh kasih sayang mcm kita pujuk anak anak kita.
“Semoga ALLAH AZZA WAJALLA memelihara ibu bapa kami Dan permudahkan segala urusan,” kongsi Aaron lagi bersama foto kesan yang dialami ibunya di bahagian ibu jari kaki.
Malah, difahamkan ibunya juga ini sudah pun mendapat rawatan di hospital.
Foto: Instagram Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI