Gaya Hidup

“Bonda Nak Share Satu Ilmu Tentang Lelaki..” – Yatt Hamzah Dedah Perkara Terpenting Dalam Perkahwinan

Share

Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti Yatt Hamzah bersama pasangan sedekad lamanya.

Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana setiap hari ada saja ilmu yang dipelajari olehnya.

Wanita Perlu Bersikap ‘Straight Forward’ Terhadap Suami

Salah satu perkongsian Yatt khususnya sebagai pedoman bagi mereka yang baru sahaja menjejakan kaki ke alam rumah tangga adalah mengenai peribadi seorang lelaki bergelar suami.

Menurutnya, jika sebelum ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cara untuk mendalami dan memahami sikap wanita, yang dilabel sebagai makhluk paling ‘complicated’ dalam dunia. Namun kali ini, Yatt mengajak para isteri pula untuk lebih memahami sikap dan perilaku sosok bernama suami.

“Jika wanita lebih selesa meluahkan isi hati dan keinginan mereka dengan berkias, berbeza pula bagi kaum lelaki. Bonda nak share satu ilmu tentang lelaki bergelar suami.

“Dengan orang lelaki ni, janganlah berkias-kias bagai. Memang confirm mereka tak faham atau buat-buat tak faham. Kalau nak sesuatu, just say it straight to the point Tak payah mukadimah corner-corner bagai.

“Contohnya, kalau nak minta tolong cuci kain dan toilet. Jangan cakap ‘Dah tak larat tengok toilet kotor, kain baju kotor bersusun tu. Tak larat, sakit pinggang ni!’ Memang mereka buat dek je.

“Paling-paling pun dorang akan kata, “Kesian sayang, takpelah rest dulu nanti dah tak sakit pinggang baru cuci ok..” Haa, memang rasa nak meletup je kan dengar dia cakap macam tu!”, selorohnya.

Tambah Yatt lagi, pastinya kebanyakan isteri pernah mempunyai pengalaman mahupun berdepan situasi sama seumpamanya.

Malah, jelas Yatt jika difikirkan sejenak, wanita khususnya isteri tak seharusnya meletakkan kesalahan kepada suami. Ini kerana tindakan wanita itu sendiri yang tidak jelas dan berterus-terang.

Lelaki Makhluk Lurus, Usah Berkias Dengan Mereka – Yatt Hamzah

Justeru, Yatt menegaskan perkara paling penting dan utama dalam sesebuah perhubungan khususnya perkahwinan adalah komunikasi di antara pasangan suami isteri.

Jadi penyelesaiannya, cakap begini, “Sayang tolong cucikan toilet & baju-baju kotor tu.” Minta tolong, jelas dan Clear… Habis cerita. InshaAllah jalan. Ingat tau, minta tolong bukan bagi arahan. Kang jadi lain.

“Inilah orang lelaki, mereka ni lurus tak reti kias-kiasan so tak payahlah hint mereka. Buang masa dan buat sakit hati je. Kita terus-terang je isteri-isteri solehah sekalian,” nasihat Yatt kepada wanita di luar sana.

Meski, menyebarkan ilmu rumah tangga secara berseloroh dan terselit kelucuan dalam hantaran Yatt di laman Instagram miliknya. Dalam masa sama, NONA akui tersurat kebenaran di sebalik perkongsian tersebut.

Malah, jika ditimbang tara semula, baik isteri mahupun suami masing-masing perlu berganding bahu dalam menjaga keharmonian dan keutuhan rumah tangga. Saling memahami pasangan, tidak kiralah berapa lama usia perkahwinan anda. Kadang-kadang yang dah berkahwin berpuluh tahun pun, tidak semestinya sudah cukup mengenali pasangan.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini. 

Kredit Foto: Instagram Yatt Hamzah

 

Published by
Haifa Nasir