Penyanyi terkenal, Datuk Hattan berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Hindun Sani, 83 telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 petang.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Hattan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Facebook peribadinya.

“Bonda Tercinta Telah Menemui Penciptanya,” – Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia, Al-Fatihah

“Bonda tercinta saya telah menemui penciptanya. Ya Allah, ampunkanlah bonda ku Ya Allah,” tulisnya.

Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada Hattan, Datin Arianie Abidin memberitahu, ibu mertuanya itu pada awalnya mengadu sakit dada sebelum dikejarkan ke hospital pada Isnin.

“Malam tadi balik dari pengebumian menantunya di Seremban, mak balik ke rumah kakak Hattan di Kajang. Di sana dia mengadu sakit dada, muntah dan peluh sejuk.
“Bonda Tercinta Telah Menemui Penciptanya,” – Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Ads

“Apabila Hattan buat panggilan video dan tengok keadaan mak begitu dia terus suruh hantar ke hospital. Pagi tadi pihak hospital maklumkan tekanan darah mak rendah dan kuman sudah merebak.

“Kemudian, dapat panggilan dari hospital jam 3.30 petang tadi, mak sudah hembuskan nafas terakhir,” katanya seperti yang dipetik.

“Bonda Tercinta Telah Menemui Penciptanya,” – Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Sementara itu, Arianie turut memaklumkan seluruh ahli keluarganya termasuk jenazah telah pun menjalani ujian saringan Covid-19 dan kesemua keputusan adalah negatif.

Ads

“Tadi, kami berada di bilik jenazah untuk tunggu hasil ujian Covid-19. Alhamdulillah, hasil keputusan semua negatif termasuk arwah.

“Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk dikebumikan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keadaan terkini suaminya, Arianie momohon doa orang ramai agar suaminya itu terus diberikan kekuatan lebih-lebih lagi selepas turut kehilangan abang ipar pada Ahad.

Ads

“Doakan Hattan kuat. Semalam abang ipar dia Ariffin, 62, meninggal dunia. Hari ini mak dia pula,” katanya lagi.

“Bonda Tercinta Telah Menemui Penciptanya,” – Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia, Al-Fatihah “Bonda Tercinta Telah Menemui Penciptanya,” – Ibu Datuk Hattan Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut mendoakan semoga arwah ibunya itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Facebook & Instagram Datuk Hattan, Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI