“Botak Sudah Princess! Terus Muka Nampak Gangster,” – Haziq Hussni Syukur Anak Selamat Cukur Jambul

Share

Mengambil keberkatan, bekas penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni meluahkan rasa syukur apabila majlis tahnik anak ketiganya, Charissa Azzahra berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Haziq mengharapkan puterinya itu akan membesar menjadi anak yang solehah.

“Botak sudah princess! Terus muka nampak gangster.

“Alhamdulillah selesai tahnik, cukur jambul, doa selamat untuk Charissa Azzahra. Semoga awak membesar jadi anak solehah!,” tulis Haziq.

Seperti kebanyakan selebriti lain, Haziq turut sama membuka akaun Instagram untuk anak ketiganya yang kini sudah mengumpul lebih 400 pengikut.

Sekadar informasi, Haziq, 32, mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri pada 15 Julai 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Heidy Nufael, Chayra Aulia dan Charissa Azzhara yang dilahirkan pada 25 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Haziq Hussni

Published by
Juliana Johar