Sedang menanti detik kelahiran permata hati sulung, pasangan selebriti, Zahirah MacWilson, 25 dan suaminya Aiman Hakim Ridza, 31, ada berkongsikan momen sekitar majlis baby shower khas buat tatapan peminat.
Berkongsikan kenangan indah itu di Instagram masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini kini mengisi masa di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak sulung.
Diraikan oleh ahli keluarga dalam sederhana tetapi meriah, majlis turut dilangsungkan dalam tema kuning dan jingga cair.
“Oh, Baby. Thank you to everyone for making our baby shower a day to remember,” tulis bintang filem Bulan dan Pria Terhebat ini ringkas.
Malah momen sama turut dikongsikan ibu Zahirah, Maslinda Yusuff menerusi platform sama.
Sementara itu pada ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut tidak lepas peluang untuk saling berteka-teki mengenai jantina anak sulung pasangan.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar urusan bersalin buat bakal ibu dipermudahkan kelak.
Terdahulu bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan.
Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya, Selangor.