Boyish & Tak Nak pakai Baju Perempuan Masa Kecil, Wawa Zainal Kata Kalau Tak Sedar, Takkan Kahwin Aeril Zafriel!

Share

Foto yang dimuat naik pelakon, Wawa Zainal tak ubah macam anak pertamanya, Ahmad Fakharuddin Attar.

Bagaimanapun, janganlah salah sangka sebab foto yang dikongsi menerusi Instagram itu ialah dirinya ketika masih kanak-kanak.

Lebih lucu, Wawa ada memberitahu ‘insan’ di dalam gambar sambil mengenakan topi dan kaca-mata itu gemar berpakaian lelaki.

Guraunya lagi, mujur diirinya segera insaf sebab kalau tidak, pasti kini dia bukan bergerlar isteri kepada Aeril Zafrel.

“Dulu masa kecik smpi la 9tahun mcm tu i boyish . tanak pakai baju perempuan. Nasib baik insaf cepat.

“Kalau tak.. tak kawin dgn @aeril_zafrel,” tulisnya ringkas.

Terhibur dengan perkongsian foto lama itu, ramai pula yang bergurau lalu memuji ‘ketampanan’ pelakon ini sewaktu kecil.

Bukan sahaja seiras Attar, netizen juga turut mengatakan wajah Hayla juga saling tidak tumpah seperti ibunya sewaktu kecil.

Foto : Instagram Wawa Zainal

Published by
Noraini Abd Wahab