Pengasas dan pemilik jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Ahmad menjelaskan ketiadaan dua pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dah Beto Kusyairy sebagai duta Baju Melayu bagi tahun 2024 disebabkan kontrak yang tidak disambung.
Menurut Azzim atau lebih mesra disapa Meri, dia amat menghargai segala kerjasama yang telah dijalinkan sebelum ini selain turut menyifatkan jasa Beto dan Sharnaaz untuk jenamanya itu sangat besar.
“Kontrak memang sudah habis dan mereka bebas untuk pergi ke mana-mana. Saya tiada apa-apa isu dengan mereka. Mereka bekerja dengan sangat baik.
“Saya banyak terhutang budi dengan Sharnaaz dan Beto. Saya pun tak boleh nak ikat mereka sehingga akhir hayat. Mereka ada pilihan untuk ke mana-mana dan kami okay sahaja,” katanya kepada MH.
Meri berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen, ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pada masa sama, Meri juga tidak terkilan apabila Sharnaaz dan Beto memutuskan untuk menjadi duta Baju Melayu bagi jenama pesaing.
“Saya memang sangat faham dan sepanjang sembilan tahun di dalam industri ini, saya pun sudah matang untuk melihat sesuatu perkara.
Ads
“Bila kontrak tamat, saya juga sudah bersedia untuk melihat meraka berada di mana-mana.
“Lebih-lebih lagi bila banyak jenama di luar sana yang mungkin sudah melihat impak mereka bersama Bulan Bintang menjadi.
“Secara logiknya, memang akan ada jenama yang turut mahukan mereka dan saya okay sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, anak muda berusia 27 tahun ini juga menafikan mempunyai masalah peribadi dengan dua pelakon tersebut.
Ads
“Sejujurnya saya memang tiada apa-apa masalah dengan Sharnaaz dan Beto. Buktinya, saya baru sahaja berkahwin pada bulan Disember lalu dan mereka turut hadir.
“Walaupun kontrak tamat, kita masih berkawan sehingga hari ini,” ulasnya.
Dalam pada itu, Meri juga amat berbesar hati dengan kehadiran pelakon, Remy Ishak sebagai duta baharu bagi Bulan Bintang.
“Setiap duta kami akan mewakili setiap jenis pakaian. Kita rasa Remy sesuai untuk mewakili baju Melayu Teluk Belanga.
“Dengan pasaran di Malaysia ini dan nampak wajah kemelayuan serta maskulin, Remy adalah orangnya,” akhirinya.
Ads
Berkongsi perkembangan mengenai
Bulan Bintang, Azzim berkata dia sudah berbelanja RM11 juta ringgit untuk kempen raya pada tahun ini.
Malah, usahawan itu memberitahu RM3.2 juta sahaja digunakan untuk cabutan bertuah kepada pelanggannya.
“Bajet tahun ni secara total sudah RM11 juta digunakan. Bajet nampak besar tapi RM11 juta tak seperti tahun lepas iaitu persembahan drone RM3 juta dan konsert RM2 juta. Ketika itu saya belanja untuk branding.
“Tapi tahun ini, RM3.2 juta sahaja dihabiskan untuk cabutan bertuah untuk beri kepada pelanggan,” katanya.
Untuk rekod, tahun 2024 jenama bulan bintang melantik enam orang duta iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak sulung kepada selebriti serba boleh Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah melahirkan perasaan kesal di atas komen keterlaluan yang ditulis seorang netizen mengkritik imej ibunya yang masih belum lagi memakai tudung.
Berkongsikan perkara itu dengan memuat naik satu paparan tangkap layar (screen shots) di Insta Story, Dhaniyah, 30, berkata dia tidak tahan dengan komen berbentuk negatif yang ditujukan buat ibunya.
“Allah sahaja tahu usaha seseorang untuk ke arah kebaikan, tak payahlah nak judge lebih-lebihkan.
“Dia (Didie) mencuba, saya tahu,” tulis Dhaniyah sebagai respon terhadap kenyataan netizen yang menginginkan ibunya turut menutup aurat seperti anak-anak perempuannya yang lain lengkap berhijab.
Dalam pada itu, Dhaniyah berkata disebabkan tidak tahan dengan komen yang disifatkan sangat ‘kurang ajar’ itu, dia tidak boleh menjadi public figure seperti ibunya serta Allahyarham bapanya, Ridzuan Hashim.
Untuk info, selain Dhaniyah, Didie mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan arwah Ridzuan iaitu Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini Ahza, 25, dan Nur Diyana, 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial, Ameera Khan ada menitipkan ucapan buat ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang disambut hari ini.
Menerusi Instagram, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut melayangkan ucapan indah buat nenek tersayang, Bibi Khoteja Yusof.
“Happy mother’s day Mama & Umi. My mama, my bestfriend, i’m so lucky to have your love in my life and your light guiding my steps.
“Thank you for not telling my siblings that im your favourite.
“My sweet grandmother, Umi, you’re the most selfless, caring person in my life. Thank you for still cooking for me on your laziest days and thank you for giving birth to my bestfriend hehe. I love you,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Posting yang sudah pun menerima lebih 40,000 tanda suka itu turut disusuli dengan pelbagai komen peminat.
Malah, rata-ratanya memuji foto lama ibu dan neneknya yang digambarkan cantik pada usia muda.
“Lawa dooh! Mace cerito mat salleh jamee dulu-dulu,” puji pengguna Instagram.
“She so pretty omg,” tulis seorang lagi warganet.
“Cantinya nenek dan emak. Patutlah menurun kat Neelofa cantik,” tambah seorang warganet lain.
“Ingatkan Neelofa and your mom dah cantik, rupanya nenek lagi cantik. Patutlah semua cantik-cantik je,” puji seorang individu lain.
“Happy mothers day. Tetap anggun,” tulis seorang lagi.
Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal diijabkabulkan pada Sabtu ini bersama jejaka pilihan hati, Mr. H, pelakon Reen Rahim berkata dia tidak risau sekiranya ‘sahamnya’ jatuh selepas bergelar isteri.
Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata dia tidak berasa bimbang sekiranya tidak laku selepas berumah tangga kerana sentiasa percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
“Saham jatuh?Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.
“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT.Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik.
“Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin.Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak… jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.
“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin.Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” katanya kepada MH.
Reen bakal disatukan dengan Mr. H pada Sabtu ini dan majlis resepsi pula diadakan pada Ahad seperti mana yang dimaklumkan dalam majlis sidang media pada 8 Disember lalu.
Pelakon berusia 34 tahun itu hanya akan mendedahkan identiti bakal suami pada majlis pernikahan, esok.
Keseluruhan tiga majlis iaitu berinai, akad nikah dan resepsi pelakon asal Klang, Selangor itu mendapat tajaan berjumlah RM15 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Caliph Buskers terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mengenakan bayaran terlalu rendah untuk menjemput mereka bagi membuat persembahan di luar Kuala Lumpur.