Semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah putus cinta antara instafamous dan usahawan Tyra Kamaruzzaman bersama Aazief Khalid.

Aazief merupakan salah seorang anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Malah, Aazief sebelum ini telah membuat pengakuan terbuka mengenai perkara tersebut di akaun Twitter miliknya.

Lalu, ia ternyata mengejutkan pelbagai pihak termasuklah abangnya, Ashraf Khalid.

Menurut Ashraf, walaupun sedih mendengar perkhabaran tersebut, dia tetap mendoakan yang terbaik mereka kerana selama ini keduanya membesar bersama-sama.

Ads

“It breaks my heart knowing Aazief & Tyra are no longer together, but one thing i know is that, they grew up together & made each other better.

“I’m sure both of them will come out of this stronger. I pray for the best for both of you. @tyrakmrzm . Love you guys,” tulisnya.

Ads

Rasa sedih itu dikongsikan oleh Ashraf menerusi laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, bapa kepada bayi comel Arif Jiwa itu turut menitipkan ucapan khas buat Tyra yang telahpun dianggap seperti ahli keluarganya sendiri.

Ads

“To , we are so blessed to have you to be part of the family. You have such a bright future ahead, any man would be lucky to have someone like you.

“Just focus on achieving your goals, and you will be a huge success. Always proud of you Tyra,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah putus cinta antara Aazief dan Tyra menjadi perbualan hangat netizen sehingga nama mereka menjadi trending di laman Twitter sejak tiga hari lalu.

Sumber: Twitter Ashraf Khalid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI