Brek Motosikal Berkuasa Tinggi Kena ‘Rembat’, Ini Nasihat ‘Makan Dalam’ Alif Satar

Share

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar meluahkan rasa sedih saat mengetahui brek motosikal berkuasa tingginya telah dicuri orang awal pagi tadi.

Menurut Alif, dia reda dengan apa yang terjadi malah turut percaya doa orang yang teraniaya akan sentiasa dimakbulkan tuhan.

“Salam jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa dan jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya.

“Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya. P/s Kasi on Al-Kahfi!,” tulisnya.

Dalam pada itu, Alif turut menasihati orang ramai supaya berhenti daripada melakukan budaya mencuri ini dan bertaubat kepada tuhan selagi diberi kesempatan.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penacara program Big Stage 2020 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut menasihati Alif supaya bersabar dengan kejadian yang menimpanya itu.

Selepas berakhirnya BS2020, Alif kini dilihat sibuk menjalani sesi pengambaran drama berjudul Penjara Janji yang dijadualkan akan bersiaran pada Disember ini.

Sumber: Instagram Alif Satar

Published by
Aizam Manaf