Britney Spears Akui Gugurkan Kandungan Hasil Hubungan Dengan Justin Timberlake

Share

Ratu Pop terkenal, Britney Spears baru-baru ini mengejutkan ramai apabila dia telah mendedahkan bahawa dirinya pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan dengan Justin Timberlake.

Hal tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu dalam buku memoirnya, The Women in Me yang akan dipasarkan bermula 24 Oktober nanti. Dalam temubual bersama media antarabangsa, Britney mengimbau perkara tersebut bukanlah satu tragedi.

“Bagi saya, kehamilan itu bukanlah satu tragedi. Saya sangat menyayangi Justin. Saya sentiasa mengharapkan kami mempunyai keluarga bersama satu hari nanti. Ini akan menjadi lebih awal daripada yang saya jangkakan.

“Tetapi Justin pasti tidak gembira dengan kehamilan itu. Dia berkata kami tidak bersedia untuk mempunyai bayi dalam hidup kami, bahawa kami terlalu muda. Saya tidak tahu sama ada itu adalah keputusan yang betul.

“Jika ia diserahkan kepada saya sahaja, saya tidak akan melakukannya. Namun Justin begitu yakin bahawa dia tidak mahu menjadi seorang bapa,” ujarnya.

BACA JUGA: Baru 14 Bulan Berkahwin, Britney Spears Akhirnya Berpisah Dengan Suami

Seperti yang diketahui, pasangan yang cukup popular ini pernah bercinta selama empat tahun bermula 1999 sehingga 2002.

Dalam buku memoir tersebut, selain perkara tersebut yang disebut, Britney turut memfokuskan kesan conservatorship yang berlaku terhadap dirinya sebelum ini dan juga momen besar yang terjadi sepanjang kerjayanya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen