Berita

Britney Spears Minta Maaf Kepada Justin Timberlake

Share

Setelah isu tentang pengguguran kandungan ketika bercinta dengan Justin Timberlake menjadi bualan ramai, nampaknya Britney Spears tampil membuat permohonan maaf kepada penyanyi dari kumpulan N’Sync itu.

Brtiney yang sebelum ini menceritakan kisah tersebut dalam buku memoirnya yang bertajuk “The Woman in Me” membuat kenyataan permohonan maaf tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram peribadinya.

Berserta dengan tulisan memohon maaf itu, Britney memuat naik video Justin Timberlake yang sedang menyanyi lagu terbarunya, Selfish di samping Jimmy Falon dalam rancangan Saturday Night Live di saluran NBC.

“Saya mahu meminta maaf untuk beberapa hal yang dikatakan dalam buku memoir saya. Jika saya ada menyinggung orang-orang yang saya sayang, saya benar-benar minta maaf.

“Saya juga mahu menyatakan yang saya suka lagu terbaru Justin bertajuk Selfish. Ia sangat bagus, dan kenapa setiap kali saya melihat Justin dan Jimmy bersama saya akan ketawa besar,” tulisnya panjang.

 

BACA JUGA: Britney Spears Akui Gugurkan Kandungan Hasil Hubungan Dengan Justin Timberlake

Isu di antara Britney Spears dan Justin Timberlake menjadi perhatian ramai sebelum ini kerana mereka pernah bercinta di awal kerjaya dalam dunia muzik. Dilihat sebagai pasangan ideal, namun jodoh mereka tidak kesampaian.

Selepas kenyataan Britney tentang kisah pengguguran kandungan bersama Justin disiarkan dalam buku memoirnya, pelantun lagu Mirror itu menerima kecaman hebat peminat-peminat Britney sehingga memaksanya untuk menutup ruangan komen di Instagram.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen