Selepas 16 tahun, penyanyi pop terkenal ini hamil sekali lagi. Dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram dalam satu perkongsian panjang pagi ini (waktu Malaysia). Kehamilan ini adalah hasil hubungannya bersama tunang, Sam Asghari.
Britney sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Sean Preston dan Jayden, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama bekas suami, Kevin Federline.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu popular Baby One More Time ini berkata, “Saya menghilangkan banyak berat badan semata-mata mahu ke percutian di Maui dan kemudiannya berat badan bertambah. Apakah yang berlaku kepada perut saya sebenarnya?
“Suami pula berseloroh mengatakan yang saya ‘mengandung’ makanan. Dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk membuat ujian kehamilan dan keputusannya, saya mengandung!”
Di sebalik perkongsiannya ini, Britney turut berkongsi pandangan pengenai kemurungan perinatal yang dihadapi oleh wanita mengandung yang jarang dibahaskan sebelum ini.
Ads
“Sukar kerana semasa saya mengandung dahulu, saya mengalami kemurungan perinatal. Saya perlu mengatakan yang situasi itu sangat mengerikan. Sebelum ini wanita tidak berani bercakap mengenainya.
“Sesetengah orang menganggap ia berbahaya jika seorang wanita mengadu seperti itu dengan bayi dalam dirinya. Tetapi kini wanita bercakap tentangnya setiap hari, terima kasih Jesus kita tidak perlu merahsiakan kesakitan itu sebagai rahsia,” ujar wanita berusia 40 tahun ini.
Ads
Di sebalik berita gembira yang disampaikan, ramai membuat spekulasi yang pelantun lagu Toxic ini sudah berkahwin dengan tunangnya kerana dia secara terang-terangan memanggil model dan jurulatih kecergasan itu dengan gelaran suami.
Britney dan Sam bertemu ketika penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016.
Pada 2021, Britney telah berjaya mengeluarkan dirinya dari conservatorship di bawah seliaan ayahnya yang berlaku lebih 13 tahun. Kini dia tampil lebih bebas dan memiliki semua hak terhadap harta, kehidupan dan perjalanan kerjayanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya tak endah kata-kata orang”. Itu antara kata-kata tegas pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas apabila ada segelinitir hasutan yang melabelkan tunangnya, Isa Khan sebagai kaki perempuan (playboy).
Risteena berkata, dia sesekali tidak ‘termakan’ apabila ada pihak yang cuba meracuni fikirannya sejak mengetahui dia dan Isa bercinta.
“Sebelum ini orang kata dia (Isa) playboy, tapi saya tahu keperibadiannya dia bukan jenis macam itu (playboy) dan saya mempercayai kejujurannya. Saya tidak mengendahkan kata-kata-kata mereka terhadap Isa.
“Kejujuran yang ditunjukkan Isa membuatkan saya yakin untuk ambil keputusan menerima lamaran dia.
“Saya nampak Isa berusaha bersungguh-sungguh dan mahu melamar saya,” kata Risteena kepada MH.
Awal semalam, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi berkongsi sepotong video menerusi Instagram TV (IG TV) miliknya, berhubung permintaan seorang gadis comel yang ingin bertemu dan meminta bantuan darinya.
Kongsi Aliff menerusi ruangan kapsyen, dia turut bertanya mengenai latar belakang individu tersebut selain mengakui andai mendapat seribu komen dari para pengikutnya di laman sosial, dia tidak teragak-agak untuk membantu gadis berkenaan.
“Adakah patut abg tolong? Nama dia siapa asal mana? siapa tau budak gemook ni dari mana. Abang tau pun dari fb, dia nak apa dari abg sebanaryaa?? Adakah abg patut tolongggg?
“Kalau abg dpt 1ribu org komen di bawah “tolong adik gemok abg terlajaklaris” InsyaAllah abg akan tolong,” tulisnya.
MH turut menerima kiriman video daripada pembaca mengenai hasrat gadis berkenaan.
“Assalamualaikum kepada Datuk Aliff, saya nak minta bantuan Datuk Aliff untuk membantu saya. Saya tahu, Datuk ada menjual produk kesihatan yang boleh bantu orang gemuk untuk jadi kurus.
“Saya harap Datuk sudi dan dapatlah bantu saya,” kongsi gadis berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Wanie itu.
Pada masa sama, Wanie turut berazam untuk belajar seterusnya menjadi insan yang berjaya seperti penyanyi Abang Nak Tegur itu.
“Saya nak jadi macam dia, sebab itu memang impian saya, nak jadi orang yang berjaya,” akui Wanie lagi.
Beberapa hari lalu, Aliff ada mendedahkan komen yang ditinggalkan netizen berhubung kisah gadis terbabit menerusi Instagram.
Kehidupan pelakon, Zizie Izette nyata dilihat begitu gembira selepas dikurniakan sepasang cahaya mata kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, Disember lalu.
Namun begitu, tidak sampai setahun kelahiran anak kembar tersebut, Zizi kini dilaporkan kembali hamil.
Kandungan isteri kepada ahli politik, Bung Mokhtar itu kini dikatakan telah menjangkau usia lima bulan.
Menerusi Instagram, baby bump Zizi turut jelas kelihatan dan pastinya, ia menjadi momen paling manis buat pelakon ini.
Selain memiliki anak kembar, pelakon tersebut turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun dan Aaric Zyn Izette yang berumur setahun.
Semoga bayi di dalam kandungan Zizi ini bakal menambahkan kebahagiaan dan memupuk rasa cinta yang lebih dalam buat rumah tangga yang dibina, insyaAllah.
Foto: Instagram Zizi Izatte
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!