Anak kepada pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham telah mengikat tali pernikahan dengan tunangnya, Nicola Anne Peltz. Brooklyn, 23, berkahwin dengan Nicola, 27, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat keluarga sahaja.
Sehingga kini tiada satu pun penerbitan yang memperoleh gambar perkahwinan mereka berdua secara dekat melainkan hanya gambar jarak jauh hasil bidikan paparazzi.
Menurut laporan Mirror, pasangan merpati dua sejoli ini telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue dengan memberi majalah tersebut hak sepenuhnya untuk merakam momen perkahwinan mereka.
Perkahwinan mereka bukan sahaja bakal dipaparkan di dalam majalah fesyen terkenal itu, bahkan pasangan ini dikatakan akan turut akan menghiasi muka hadapan majalah tersebut bagi penerbitan versi Amerika Syarikat di bawah kelolaan Anna Wintour dan juga versi United Kingdom di bawah kelolaan Edward Eninful.
Seperti yang semua sedia maklum, kedua-dua editor berpengaruh dalam dunia fesyen tersebut merupakan rakan karib kepada Victoria dan David Beckham.
Ads
Dalam perkahwinan itu, Nicola dilaporkan menggayakan busana rekaan jenama terkemuka Itali, Valentino. Gaun berona putih berlengan panjang itu dilengkapi layah dramatic yang menjadikan penampilannya lebih menawan.
Antara selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan mereka adalah Eva Longoria, Gordon Ramsey, Mel C, Serena dan Venus William.
Sebelum berkahwin, Brooklyn dan Nicola telah menandatangangi perjanjian praperkahwinan bernilai lebih 3 juta pound. Perjanjian ini dilakukan bagi melindungi harta kekayaan keluarga Beckham yang dianggarkan bernilai 380 juta pound.
Ads
Namun begitu, perjanjian ini lebih kepada nomaliti sebuah perkahwinan kerana Nicola sendiri bukanlah calang-calang orangnya. Ayahnya, Nelson Peltz merupakan usahawan berjaya dengan kekayaan bernilai 1.3 bilion pound.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Najwa Latif telah sah bergelar isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Batu Pahat, Johor pada jam 8.30 pagi Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri penyanyi Cinta Muka Buku itu menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi entri tersebut, Najwa atau nama sebenar, Imratul Najwa Abdul Latif, 27, memuat naik gambar mereka berdua sebaik disahkan bergelar suami isteri.
“Alhamdulillah, kami dah grad (nikah),” tulis Najwa di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, netizen dan rakan artis seperti penyanyi Ainan Tasneem, Hanie Soraya, Dayah Bakar dan Adi Fashla mengucapkan tahniah di atas penyatuan dua jiwa tersebut.
“Alhamdulillah tahniah you two.
“Know know kahwin.
“Wehhh terkejut!!! MashaaAllah tahniah wawa sayang! Semoga sentiasa bahagia di samping suami yang tersayang & menjadi isteri yang solehah. Aamiin. Mwahh!.
“Start dari Collab sekarang terus Collab forever ever sampai Jannah. Tahniah both of you,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Najwa Latif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon Achey, reda sekaligus menerima ketentuan Illahi apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya, Nor Hasanah Yahaya, negatif.
Memaklumkan perkara tersebut di Instagram, Achey di dalam sepotong video dilihat tenang memujuk isteri yang tidak dapat menahan kesedihan.
“Syukur Alhamdulillah… Redha,” tulis Achey ringkas pada ruangan kapsyen yang sudah cukup menggambarkan segalanya.
Menerusi video sama, Nor Hasanah yang turut mesra disapa sebagai Anne sedang duduk di atas kerusi roda sambil memaut dan merapatkan wajah ke dada suaminya itu.
Serentak dengan itu, rakan selebriti dan peminat sama-sama menitipkan kata semangat buat pasangan berkenaan.
Sementara itu, Anne di dalam perkongsian berlainan juga reda dengan keputusan tersebut.
“Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, insyaAllah ada rezekinya nanti.
“Kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” luahnya.
Terdahulu pada Ogos lalu, Anne berkongsi perjalanannya menjalani rawatan IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Anne pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...