Terkini pengacara popular, Ellen DeGeneres turut mengambil pendirian untuk boikot ke atas beberapa hotel milik Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Kenyataan tersebut dibuat pengacara wanita itu menerusi Instagram.
“Tomorrow, the country of Brunei will start stoning gay people to death. We need to do something now. Please boycott these hotels owned by the Sultan of Brunei. Raise your voices now. Spread the word. Rise up.”
Lalu, pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi dilihat turut meninggalkan komen atas posting Ellen.
“Itu negara dia, suka hati lah dia nak buat apa. Undang2 negara ko kami tak sebuk pun. Solidarity apo?”
Bagaimanapun, ada juga netizen melihat tindakan Ellen sebagai berat sebelah kerana hanya memperjuangkan hak LGBT sedangkan hak kemanusiaan lain seperti mangsa perang di Syria, diskriminasi kulit dan lain-lain tidak pernah disuarakan.
Terdahulu, berkuatkuasa 3 April, pesalah zina dan hubungan sejenis di Brunei akan direjam hingga mati.
Malah negara itu turut menetapkan hukuman potong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri mulai hari ini.
Foto – Instagram Ellen Show