“Buang Ego,”- Norman Hakim Kongsi Tips Keluarga ‘Bersatu’, Mahu Anak Hidup Bahagia Till Jannah

Share

Pelakon Norman Hakim ada berkongsi tips bagi memupuk nilai-nilai kekeluargaan yang  harmoni dan bahagia. 

Malah, foto yang dikongsikan Norman itu melihatkan sebuah potret famili bersama isterinya, Memey Suhaiza, bekas isterinya, Abby Abadi serta suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria; diserikan lagi dengan zuriat masing-masing.

“Salam Ramadhan & selamat menunaikan ibadah puasa 1440H dari saya seisi keluarga❤️

“Jom niat & tekad utk sama2 kita berusaha jadikan Ramadhan utk yg ke sekian kali ni sebagai pentas ibadah terbaik buat kita semua,lebih baik dari tahun2 sebelumnya ye kesayanganku semua

“Kuasa ALLAH maha kuat,maha hebat & Allah maha pengasih,maha pengampun,maha penyayang. Inilah peluang terbaik utk kita berhabisan mohon pengampunan dariNya atas khilaf kita sebagai manusia yg tidak akan ada kesempurnaan termasuk kitaorang semua

“Saya terpanggil untuk berkongsi disini,khusus buat keluarga yg pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yg berpisah yg mungkin kalian tak tahu yg anak2 kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat mcmana nak ayah & mak mereka ‘bersatu mcm Abg Norman & Kak Abby’) jadikanlah Ramadhan Kareem ini sebagai platform utk penyatuan semula. Buangkanlah ego yg bersifat syaitonirrajim utk ambil langkah & usaha seiring dengan DOA,” tulis Norman. 

Selain itu, Norman memberi nasihat agar sentiasa berdoa kepada Allah kerana ia merupakan senjata paling mustajab.

“Percaya & yakinlah, DOA adalah senjata mustajab kita sebagai muslim.Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa2 kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ dimana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini bersatu dgn izin kuasa ALLAH S.W.T yg Maha Kuat & Hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk,lentur,jaga & peluk hanya dengan DOA & pada ketika itu sesuatu yg dianggap mustahil akan jadi sebaliknya

“Buat adik2 & anak2 yg selalu DM@luahkan rasa,terus istiqomah dalam berdoa..berdoa & berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut.Dan buat Ayah & Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha

“Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak3 & Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih & sayang’ yang Allah s.w.t sahaja yg maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak3 sbb kami sangat takut tak dapat berdepan & menjawab didepanNya dihari muka nanti.

“Akhir qalam…Hentikanlah pertengkaran,tinggalkanlah sangkaan,binalah perhubungan,saling bermaafan & hayatilah Ramadhan,” akhiri Norman.

Lalu, netizen turut terkesan dengan psoting yang dikongsikan pelakon Gerak Khas itu.

Dalam perkembangan lain, ikuti kisah keluarga bahagia ini dalam rancangan Famili Firdaus bermula Rabu ini di Astro Oasis jam 7:30 malam. 

Foto : IG Norman Hakim

Published by
Amynur Akmal