Ben Ladin mengakui dirinya pernah dikritik rapper underground yang kurang senang melihat namanya semakin meningkat naik di media arus perdana.
Katanya, dia tidak mahu terlalu mememikirkan apa yang diperkatakan golongan ini dan hanya ingin menumpukan perhatiannya di dalam bidang nyanyian.
“Sebelum ini, ada seorang rapper underground selalu sangat komen pasal saya tapi saya tak layan. Bagi saya, buang masa sahaja kita nak layan orang macam ni.
“Mereka tak tahu apa yang saya lalui dulu. Susah payah saya selama lima tahun ini saya cuba macam-macam menyanyi dan berlakon tapi mereka tidak tahu. Mereka hanya tahu menghakimi saya sahaja,” katanya kepada MH.
Jelas Ben, bukan mudah untuk dirinya menembusi media ‘mainstream’, tetapi menyifatkan segala pengorbanannya sejak lima tahun yang lalu amat berbaloi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hikayat Ben Ladin ini turut memasang hajat untuk bergandingan bersama rapper Joe Flizzow satu hari nanti.
Ketika ditanya adakah dia mahu menyertai rancangan 16 Baris, ini jawapan penyanyi tersebut;
“Kalau diberi peluang untuk menyertai 16 Baris apa salahnya tapi saya tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara tersebut.
“Saya boleh untuk rap secara spontan tetapi tidaklah sehebat rapper-rapper senior yang lain. Apa-apa pun saya tetap akan cuba,” katanya lagi
Ikuti sedutan sekitar sesi pengambaran Ben Ladin di The Stage menerusi FB Live MH.
Lagu Hikayat Ben Ladin nyanyian mantap dari Ben Ladin ?
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 18 September 2018
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI