Pelakon Fimie Don atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon ada memuat naik beberapa keping foto dirinya bersama para pelakon lain yang lengkap mengenakan uniform sekolah.
Difahamkan, Fimie mendukung watak sebagai pelajar sekolah menenang untuk sebuah telemovie untuk RTM. Turut sama terlibat ialah Mustaqim Bahadon, Raja Atiq dan ramai lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, bintang berusia ada mengimbau kenangan lama saat dirinya di bangku persekolahan.
Ads
“Teringat masa zaman sekolah, aku buang meja dari tingkat tiga, atas sebab gula-gula aku kene rembat dengan budak belah petang.
“Apa kenangan korang dekat sekolah yang kelako? Kalau betul-betul kelako aku post dekat story!,” tulisnya lalu dihujani dengan pelbagai pengalaman zaman sekolah dari netizen.
Fimie yang kini sudah pun berusia 21 tahun, pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Magika.
Ads
Foto: Instagram Fimie Don
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, perasaan ‘insecure’ atau tidak yakin dengan diri sendiri boleh memberikan kesan khasnya bagi pasangan suami isteri.
Setelah hampir 8 tahun melayari bahtera perkahwinan, selebriti Linda Onn akui perasaan sedemikian pernah dirasai sebelum ini.
Pada pandangannya, perasaan tersebut mungkin berkait rapat dengan tahap kematangan diri seseorang.
“Bagi saya, perasaan ‘insecure’ atau tidak yakin ini memang ada berkaitan dengan tahap kematangan diri seseorang.
“Sebab waktu kita muda, dari zaman sekolah sampai dah keluar sekolah kita tidak dapat seperti apa yang kita kecapi sekarang.
“Dulu saya tidak kewangan yang kukuh, tidak pandai nak bersiap-siap jadi itu semua berkait dengan kematangan dalam diri.
“Jadi, kalau dulu orang kata Linda Onn ‘insecure’ memang betul. Saya ada perasaan itu dulu tapi sekarang saya yakin,” katanya.
Dalam pada itu, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn ia juga wujud ketika di awal fasa perkahwinan bersama suaminya, Ungku Azhar Ungku Maznan.
“Waktu mula-mula kahwin dulu, bila suami cakap dia nak pergi Johor untuk urusan kerja saya selalu ada rasa ‘insecure’ dengan dia.
“Sampai fikir dia buat apa kat Johor, entah-entah dia sewa hotel dekat sana dengan perempuan lain.
“Saya tak tipu, perasaan itu memang pernah ada dan terjadi di awal perkahwinan saya. Sampai satu tahap, saya buat panggilan video tanya dia buat apa, ada dekat mana sedangkan dia bukan orang yang seperti itu,” katanya lagi.
Lindah menambah, hal ini terjadi selepas dia pernah mengalami masalah kepercayaan dengan pasangan terdahulu.
“Ya, memang betul perasaan seperti ini wujud sebab saya pernah mengalami situasi masalah kepercayaan dengan pasangan sebelum ini.
“Hal ini berlaku dalam perhubungan terdahulu saya sewaktu saya berkenalan dengan seseorang dulu di mana dia tak percaya saya dan saya pun tak percaya dia.
“Sebenarnya saya seorang yang jujur, dia pun jujur tapi tak tahu lah, sebab itu saya cakap benda ini berkait dengan kematangan seseorang,” katanya.
Sekadar informasi, Linda mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Artis versatil, Didie Alias meluahkan rasa kegembiraan selepas selamat menimang cucu perempuan ketiga, yang diberi nama Hannah Jasmine, baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan Didie dengan memuat naik beberapa keping foto wajah Hannah di laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum Semua My Name is Hannah Jasmine. I’m Nanny D 3rd granddaughter Welcome to the world cucu nanny ‘Kamsahamnida’,” tulis Didie pada ruangan kapsyen.
Pada masa sama di ruangan komen, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu memberitahu bahawa Hannah adalah merupakan zuriat kelahiran pertama anak perempuan keduanya, Nur Dinie Ridzuan Hashim.
Di samping itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah kepada aktres berusia 47 tahun itu.
“Tahniah,” tulis ringkas pelakon Ifa Raziah.
“Dah ada berapa nanny….nenek muda…nenek menari laju lagi tau,” seloroh rakan selebriti, Sharifah Shahirah.
“Alhamdulillah Aamiin3. Tahniah dpt cucu ke 3. Cucu solehah. Cantik mcm nanny nya. Semoga ibu nya selamat berpantang,” tulis seorang peminat.
“Comel,” puji seorang wargamaya.
Imbas kembali, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan komposer dan pencipta lagu, Allahyarham Pak Ngah Suhaimi mempunyai magis tersendiri dalam menghasilkan lagu-lagu raya yang malar segar sehingga hari ini.
Menurut Siti, kehebatan arwah Pak Ngah masih lagi tiada tandingan kerana karya-karyanya mampu menyentuh jiwa pendengar.
“Pada saya kehebatan lagu raya saya ini terletak kepada penciptanya iaitu Allahyarham Pak Ngah Suhaimi.
“Kebanyakkan lagu raya saya diciptakan oleh Pak Ngah seperti Sesuci Lebaran dan Nazam Lebaran.
“Pak Ngah ini memang insan yang sangat istimewa. Dalam penciptaan lagu raya ini, kehebatan arwah memang tiada tolok bandingnya,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, lagu-lagu raya zaman dahulu juga mempunyai daya tarikan untuk membangkitkan suasana hari raya dalam diri setiap insan.
“Sebagai orang Malaysia, kita memang ada satu citarasa yang tidak boleh kita lupakan iaitu budaya dan muzik-muzik yang melambangkan diri kita.
“Bila balik ke kampung, irama yang sesuai mestilah irama tradisional. Barulah kita merasakan kemeriahan dan kegembiraan,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Siti tetap menyifatkan lagu-lagu raya masa kini mempunyai kekuatannya yang tersendiri seiring perkembangan industri muzik semasa.
“Namun, itu tidak bermakna lagu Melayu di zaman moden ini tidak bagus. Lagu mereka juga ada keistimewaan tersendiri.
Kebanyakkan lagu anak-anak muda ini mereka mengikut trend.
“Citarasa mereka juga sudah berbeza tapi bila bercakap mengenai kemeriahan hari raya, kita tak boleh lari daripada genre seperti joget dan zapin.
“‘Mood’ lagu raya lama ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat dan keceriaan untuk menyambut Hari Raya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Siti memaklumkan dirinya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!