Pengacara dan penyampai radio, Deen Madian bengang selepas mendakwa anak perempuannya Leia Zarra kerap kali digigit rakan ketika di sekolah.

Menurut Deen, penjaga kepada kanak-kanak tersebut didakwa mengambil mudah dan menyerahkan hal tersebut kepada pihak sekolah.

“Last week Leia Zarra kena gigit dengan budak playschool dia. Kali ketiga budak tu buat dia. Mak budak tu boleh mesej macam ni. Budoh bukan?

“Anak kau yang ganas, cikgu pula yang kena pay attention dekat anak kau? Semuanya bermula dari rumah ye ibu-ibu bapak-bapak,” tulisnya.

Ads

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Buletin FM itu menerusi hantaran di Instagram stories.

Malah, penyampai radio asal Sarawak ini juga percaya didikan awal kanak-kanak itu harus bermula sejak di rumah lagi.

Ads

Lantaran itu, Deen berharap agar para ibu bapa dapat memberikan perhatian secukupnya buat anak-anak agar segala tindak tanduk mereka dapat dikawal sejak di usia muda lagi.

“Kau tu patut pay extra attention dekat anak kau yang kurang kasih sayang sebab tu mengganas dekat sekolah. Nak perhatian mak bapak dia. Buat anak pandai. Jaga anak bebal,” ujarnya lagi.

Ads

Sekadar informasi, Deen telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Siti Nur Warda Aminuddin pada Disember 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Leia Zarra yang kini berusia tiga tahun.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Deen Hot FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI