Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mengakui berasa amat teruja selepas impiannya untuk menghadiahkan kedua ibu bapanya sebuah kereta mewah jenis Mercedez kini telah tercapai.

Menurut Daiyan, sekiranya mengikut perancangan asal, impiannya itu sepatutnya akan tercapai dalam masa dua atau tiga tahun lagi namun, dia menyifatkan segalanya telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

 “Tangkap gambar dengan kereta, tapi bukan kereta saya hehehe. Thank you so much everyone for your duas, you all are so wonderful and kind.

“Salah satu goal Daiyan memang nak belikan kereta untuk parents at least dlm 2-3 tahun lagi. Alhamdulillah despite Covid, last year Allah blessed me in abundance,” katanya.

IKLAN

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Langit itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Katanya lagi, dia sebolehnya tidak mahu menangguhkan lagi perancangan tersebut kerana menyifatkan inilah masa yang terbaik untuk membalas jasa kedua ibu bapanya itu.

“So Daiyan fikir, buat apa postpone kalau untuk parents. if there’s anything, now is the perfect time to make them feel good and fill their days with joy, because we’ll never know what tomorrow is gonna bring, as we live in days of uncertainty.

IKLAN

“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa and mummy. Hug your parents, show them you love them, and do everything you can to repay them back. Takkan pernah cukup, tapi at least kita cuba,” katanya lagi.

Malah, video penyerahan kereta tersebut turut dikongsikan oleh Daiyan menerusi saluran Youtube miliknya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata dan rakan artis teruja dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Daiyan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Buat Apa Postpone Kalau Untuk Parents,” – Dimurahkan Rezeki, Daiyan Trisha Hadiahkan Kereta Mercedez Buat Mak Ayah “Buat Apa Postpone Kalau Untuk Parents,” – Dimurahkan Rezeki, Daiyan Trisha Hadiahkan Kereta Mercedez Buat Mak Ayah

Sumber: Instagram Daiyan Trisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI