“Buat Bisnes Kata Tak Laku, Duduk Saja Kata Malas,” – Perangai Manusia Suka Busy Body Buat Isteri Lan Solo Menyampah!

Share

Isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Razlan meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang gemar menjaga tepi kain orang lain.

Menurut Sheila, individu yang suka mengukur kemampuan orang lain ini kerjanya asyik mengkritik.

“Pengantin baru kata minum-petang petang je. Jadi KY on jela lepas shooting tadi.
Sekali bila smpai, FINE DINING HI TEA.

“Aduiii, kalau tau la, KY sarung dress leret 20 meter yang tak dapat lagi KY pakai sebab LS belom dapat jadi finalis mana-mana award kan. Sedih!

“Tapi takpela, yang selalu mengukur kemampuan kita ni orang yang tak selalu depan mata pon. Kerjanya KECAM jela.

Kisah tersebut dikongsikan ibu kepada empat orang anak itu menerusi akaun Instagram.

Bagaimanapun, jelasnya lagi, memang sudah menjadi lumrah sesetengah manusia apabila ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

“Tak keluar tv kata suam. Keluar tv kata asyik muka sama je. Buat bisnes kata dah tak laku. Duduk saja kata malas dan tak pandai guna peluang.

“Habis sebenarnya nak kena buat apa? Takde job tapi makan tempat have-have kata menunjuk. Makan kat warong kata miskin. Apoooo.

“Takkan kita nak bagitahu kita ada saving wak walaupon takde job berbulan? Ehhh! Bunyi riak pulak kata mereka nanti.

“Apa kata awak-awak tolong jaga hati dan kain sendiri je. Sebab kita pon kadang terselak juga Tapi tula kan, selagi nama kita manusia, serba serbi tak kena sahaja. Okay bye,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Sheila supaya tidak mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadapnya.

Malah, mereka turut mendoakan semoga Sheila dan juga Lan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Sheila Razlan

Published by
Aizam Manaf