Hiburan

Buat Comeback & Terus Jadi Pilihan Pengarah, Sharul Ezani Tak Menyesal Berehat Panjang

Share

Kembali menjadi pilihan pengarah selepas lebih sedekad hiatus daripada industri seni, pelakon, Sharul Ezani akui tidak menyesal dengan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini.

Menurut Sharul, sepanjang berehat daripada industri seni, dia telah banyak belajar tentang pengalaman hidup yang mematangkan dirinya ketika ini.

“Segala yang berlaku ini telah diatur dengan baik oleh Allah SWT. Namun, bila kita back to back dapat tawaran berlakon dan diberikan watak-watak yang best, sudah pasti ada terdetik di hati kenapa saya berhenti dahulu?

“Mungkin saya bukanlah diri saya yang hari ini jika saya tidak berhenti dahulu.

“Dalam masa saya berhenti, pengalaman hidup, kawan-kawan, masa bersama keluarga dan pengembaraan itu yang membentuk diri saya sekarang,” katanya kepada MH.

Sharul berkata sedemikian ketika ditemui di set penggambaran drama One Cent Thief 2, baru-baru ini.

Ditanya mengenai momen yang membuatkan dirinya terdetik untuk kembali ke dunia lakonan, ini jawapan pelakon filem Kami itu;

“Saya mengambil kira semula segala perkara yang saya lakukan dalam hidup. Ketika berehat, apa yang saya fikirkan hanyalah duit. Kita kena kerja keras dan buat bisnes demi duit.

“Namun, saya tidak mendapat kepuasan itu kerana saya tak buat apa yang saya cintai. Jadi, bila duduk sorang-sorang, terdetik perasaan untuk kembali berlakon.

“Itulah permulaan untuk come back. Sejujurnya ia tidak mudah. Saya kena buat profile baharu, hubungi kawan-kawan lama dan pergi casting,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dikesempatan ini, dia akan berusahan untuk membuat yang terbaik demi menambat semula hati peminat setelah lama berehat.

“Saya berehat hampir berbelas tahun tapi dalam bahasa mudahnya memang terlalu lama. Rasanya separuh daripada waktu itu sudah mencukupi tapi ia telah pun berlaku.

“Namun, bila sudah berehat begitu lama, sudah pasti saya ingin buat yang terbaik dalam setiap tawaran yang diberikan. Bila penonton seronok, saya juga seronok bekerja,” akhirinya.

Terdahulu, Sharul merupakan antara pelakon-pelakon baharu yang akan muncul di dalam drama One Cent Thief 2.

Selain itu, drama ini turut mengekalkan pelakon-pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Fabian Loo dan Datin Sofia Jane.

One Cent Thief 2 dijadulakan akan ditayangkan pada Januari 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf