Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang sinonim menerusi lagu Temberang, Ayda Jebat yang sering menjadi perhatian peminat.
Ayda ditemui MH ketika majlis berbuka puasa bersama Watsons yang berlangsung di The Love@MaTiC, semalam memberitahu, dia kini sedang dalam proses menghasilkan album penuh.
Kongsi penyanyi berusia 27 tahun itu, dia bakal melancarkan album lagu pertamanya tidak lama lagi.
“Saya tengah buat persiapan untuk album. Sekarang, kira-kira 60 peratus siap. Cuma ada beberapa lagi lagu saya kena rakam.
“InsyaAllah kalau tak ada masalah hujung tahun ni atau awal tahun hadapan. Macam mana saya cari kekuatan untuk keluarkan album.
“Sebenarnya saya tak buat album ni sebab duit atau keuntungan, sebaliknya ia lebih kepada sebagai hadiah untuk peminat yang selama ini menantikan album fizikal saya,” jelasnya.
Menurut Ayda lagi, dia tidak membuat album tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan tapi merupakan buah tangan buat peminatnya.
“Saya rasa tak ada keuntungan pun kalau buat album, saya buat ni untuk kepuasan diri sendiri dan juga hadiah buat peminat.
“Jadi pada mana yang suka boleh beli mana yang tak suka tak apa janji jangan beli cetak rompak,” akhirinya kepada MH.
Terdahulu, Ayda dilantik sebagai duta Watsons bagi untuk mempromosikan kempen Watsons “Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi” bagi untuk menyambut bulan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.