Buat ‘Gender Reveal Party’, Yaya Zahir Bakal Bersalin Anak Lelaki Lagi 3 Bulan,” – Mesti Cute Your Baby.”

Share

Pengacara dan model, Yaya Zahir yang kini sedang hamil anak pertama mendedahkan dia dan suami, Arriz Azim bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.

Usia kandungan kini memasuki enam bulan, berita gembira itu didedahkan pasangan ini menerusi ‘gender reveal party’ anjuran mereka, pada Sabtu.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ramai yang tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan tahniah buatnya yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Alahai Yaya…,” tulis ringkas pelakon Izara Aishah.

“Congratulations,” ucap Catriona Ross.

“Congrats, cantiknya Yaya,” Sherry Ibrahim memuji.

“Mesti cute your baby,” komen Mimi Fly pula.

“Beautiful Mama,” komen ringkas Yuna.

Selain mereka, antara rakan artis yang turut sama memberikan reaksi termasuk Mira Filzah, Alif Satar, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Malah tak kurang yang turut memuji penampilannya yang tetap kelihatan anggun menawan.

Dalam pada itu, momen indah sepanjang majlis turut dikongsikan kembali Yaya di Insta Stories menerusi muat naik yang dilakukan tetamu yang hadir.

Untuk info, Yaya mendirikan rumah tangga bersama Arriz pada Ogos 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH