Pengarah, Michael Ang baru-baru ini dengan selamba menjelaskan dia telah membelanja sebanyak RM2,000 untuk membuat gigi tanpak lebih cantik dan putihh di Bangkok, Thailand.
Perkongsian menerusi keratan video tersebut dibuat menerusi salah satu entrinya di Instagram.
Menariknya, dia turut bertanya isu sama kepada tiga rakan pelakon lain iaitu Sharifah Sakinah, Scha Alyahya dan Sherry Alhadad.
Hakikatnya ketiga mereka tidak menggunakan operasi berkenaan.
“Buat atau tak buat gigi! Aku mengaku aku buat kat Bangkok 2k plus aje! Buat veneers! Buat gigi aje bukan potong tukar Jantina pun! Apooooooo! Luv u guys have a great week ahead!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu sudah pun ditonton lebih 70,000 kali.
Foto: Instagram Michael Ang
https://www.youtube.com/watch?v=XUjbpq6bjsY
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Uqamal, Dah Boleh Jadi Official Hashtag Kah?” – Uqasha, Kamal Adli Kini Ada Bunga-Bunga Cinta?
Nampaknya keserasian pasangan ini semakin terserlah sehinggakan ada netizen sepakat mencipta tanda pagar istimewa buat Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Malah, gandingan mesra kedua-duanya sewaktu melangkah di pentas runway pada majlis Starvilion Balik Raya 2019 baru-baru ini cukup comel.
Malah, keserasian mereka bagai mengukuhkan lagi dakwaan netizen yang membayangkan seperti hubungan cinta di antara mereka.
“Sepasang pengantin baru, sepasang lagi bakal pengantin yang takde tarikh lagi.
“Mari kita doa beramai ramai semoga mereka dipercepatkan jodoh so takde dah statement forever alone lagi,” tulis pemilik Instagram berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by Uqasha Senrose & Kamal Adli (@uqamal_lovers) on
View this post on InstagramHaaaaa bisik apa tuuuu KA? ??#uqamal #kamaladli #uqashasenrose
A post shared by Uqasha Senrose & Kamal Adli (@uqamal_lovers) on
Kalaulah benar khabar, MH pun nak doakan agar pasangan ini cepat-cepat ke fasa serius. Masing-masing pun masih solo kan?
Foto – Instagram Uqamal Lovers
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Saya Tak Bersyukur,” – Kerap Mengeluh Bab Anak, Dr Say Mohon Maaf
Tidak dinafikan, setiap individu berhak untuk berkongsi serta memberi pandangan terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Baik peminat dan dan selebriti, masing-masing hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna.
Doktor viral, Dr. Say misalnya yang sering bercerita hal yang dihadapi dalam soal penjagaan anak kecil bukan bermakna dia tidak bersyukur atas anugerah yang diberi.
Sebaliknya, bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu menegaskan pentingnya berkongsi agar tidak tidak rasa tertekan.
Tambahnya lagi, dia selesa meluahkan masalah kerana percaya kepada pengikut di Instagram.
Hasilnya, ratusan mesej diterima dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar agar dia lebih selesa dengan status bapa.
“Topik : Officially Terjahit
“Tahukah anda majoriti kes kemurungan berlaku akibat tidak berkongsi mslh yg dialami? Sb ade yg persoalkan knape sy ekspresikan kegelutan sy di social media. Well peeps, i’m comfortable sharing my problems on my instagram cz i trust my followers very well. Lepas sy buat post koyak aritu, ramai msg sy personally comforting & reassuring me that its normal to feel what i felt. Xdilupakan lebih 600+ comments berkongsi pengalaman & kata2 semangat kt post tu.”
Doktor popular ini turut menafikan kata tohmahan yang mendakwa dia tidak bersyukur dengan kelahiran anaknya.
“And u know what? I felt RELIEVED. Rasa mcm satu beban yg besar berjaya diselesaikan. Btoi mcm ampa ckp yg this is a process & THIS TOO SHALL PASS & btoi gak nasihat ampa yg kalau baby tgk parents tenang dia pun akan turut tenang. Xsaba nk tnggu baby sy besaq skit tuk tgk dia duduk, berjalan, berlari & paling best, panggil sy Daddy.
“Now i look at my life differently & akhirnya sy betul2 akur yg parenting life is never gonna be d same as “laki bini tanpa baby” life. Seriously thank u sooo much peeps. Kalau bukan sb kalian, sy rasa sy masih diambang breakdown. Thank you again all of u.
“P.S : Sy juga ingin memohon maaf sb bukan sy xbersyukur dgn pemberian-Nya cuma sy hidup berdua dgn bini dh 5 tahun, bila hadir orang ketiga jadi “terkejut” sy dibuatnya. New parents biasela mcm org utara ckp, Peghak sket,” jelasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Kadang kala meluahkan masalah bukan kerana kita tidak bersyukur, namun sekadar melepaskan tekanan.
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pempengaruh Popular, Nazirul Hakim, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman
Dunia pelancongan dan juga kandungan digital Malaysia kehilangan seorang pempengaruh popular, Nazirul Hakim, yang meninggal dunia pada malam Khamis.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Azmeer Iskandar yang juga pencipta kandungan di laman Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat sahabat kita @iamnazirul yang telah kembali ke rahmatullah. I’m speechless,” tulisnya di Instastory.
Punca kematian pempengaruh terkenal itu dipercayai akibat jangkitan kuman yang dihidapinya. Perkara ini dokongsi sendiri oleh seorang lagi pempengaruh, Akhi Fairuz, menerusi hantaran di Instagram.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” kongsinya.
Nazrul Hakim atau nama penuhnya Muhammad Nazirul Hakim Arman terkenal di media sosial sebagai pempengaruh yang banyak berkongsi tentang kandungan berasaskan pelancongan.
Kandungan tentang suasana kehidupan kampung dan keindahan seni bina tradisional melayu, pekan-pekan kecil yang dihasilkan mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara.
Menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun, Nazirul pernah dinobatkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) of The Year oleh Kerajaan Negeri Perak tahun ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI