Pelakon Amar Baharin ada berkongsi video pendek dirinya ada mendapat ‘nota cinta’ yang tertera tulisan ‘i love you’ yang diselitkan di cermin keretanya.
Berseoloroh bagai tidak mengetahui siapakah gerangan yang mengirimkan nota di atas tisu itu, Amar lantas menulis kapsyen yang cukup sweet!
“Semalam balik shooting, dapat satu nota… selit kat wipers. Buat hal la, kalau bini aku tau mcm mane??? dia tak tau ke aku ni anak sorang… nak masuk 2 dah,” tulisnya.
Lalu, perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen kerana ada yang terperasan akronim ‘ar’ pada hujung nota berkenaan yang secara jelas merujuk kepada ‘Amyra Rosli’.
Malah, isterinya juga dilihat turut meninggalkan komen iaitu;
Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi, 2 tahun.
Pasangan ini juga sedang menantikan rezeki zuriat kedua dan Amyra dijangka bersalin awal tahun hadapan.
Foto: Instagram Amar Baharin