Penyanyi, Amira Othman ada menitipkan kata nasihat mengenai solat tiang agama bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Amira atau Nadia Amira Othman, dia menyarankan umat Islam untuk memyempurnakan ibadah solat.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Hati-Hati ini, adalah amat penting untuk menitikberatkan soal ibadah solat.
“Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita?
“semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakan lah solat sbb itu lah yg akan di tanya nanti,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian penyanyi berusia 28 tahun itu.
Sekadar informasi, Amira merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013.
Foto: Instagram Amira Othman