Selesai tempoh pantang, pelakon Datin Lisa Surihani tampil berkongsi momen berharga selama 44 hari bersama bayi ketiganya, Yunos Laith.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada Dato Yusry Abd Halim ini turut mengucapkan terima kasih dan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Budi Sampir atau dipanggilnya Mak Budi, iaitu Confinement Lady atau CL yang menjaganya selama fasa pantang.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mak Budi banyak membantunya mengembalikan tenaga selepas melahirkan anak ketiga.
Malah keperibadian wanita berkenaan juga cukup disenangi mereka sekeluarga.
Ads
“Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga @lavenderconfinementcare. Dari waktu hamil trimester kedua, liaise bersama Puan Aishah, yang mengaturkan semua dgn amat sopan dan baik sekali dan mengikuti langkah2 atas sebab keadaan sekarang bg memastikan keselamatan semua.
“Terima kasih Aishah, kerana membantu dan menyenangkan keadaan bg saya sekeluarga sebaik mungkin. Pengalaman pantang yang amat baik bg saya dan anak, Alhamdulillah dikurniakan CL yang baik, Mak @budisampir, servis dijalankan dgn baik, tp Mak Budi buat lebih walaupun tidak diminta.
“Perwatakan santai, lemah lembut tapi kelakar buat kami sekeluarga jadi biasa dgn Mak Budi. Byk membantu keadaan saya bukan sahaja dari segi physical, tetapi mental dan emosi juga,” tulisnya.
Ads
Lisa menambah, banyak kenangan bersama dan memori yang terjalin akan menggamit rasa rindu.
“Byk memori utk dikenang dan ketawa bila ingat kembali. Terima kasih juga kerana menjaga dan menyayangi Yunos macam cucu sendiri sepertimana Mak Budi sayang dan ingat pd baby2 customer lain.
Ads
“Kami akan rindu kehadiran Mak Budi dan gelak tawa smpai mata berair sama Mak Budi.
“Selesai ini, saya du’akan moga Mak Budi dan Team Lavender sentiasa di bawah perlindungan Allah swt, moga dikurniakan barakah, rahmah, dan afiah sentiasa,” kongsinya lagi.
Drama rantaian berjudul Sabarlah Duhai Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.
Pelakon utamanya, Saharul Ridzwan yang mendukung watak sebagai Affan menitipkan ucapan terima kepada semua yang setia menonton drama bersiri terbitan Suhan Movies itu.
Sambil memanjat rasa syukur, Saharul atau nama lengkapnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan terhadap lakonannya menerusi drama berkenaan.
“Alhamdulillah. Terima kasih utk 35 hari anda bersama Sabarlah Duhai Hati. Yang kurang yang tak sampai, saya minta maaf,” tulisnya.
Aktor berusia 32 tahun juga berharap agar penonton mendapat mesej baik yang ingin disampaikan sepanjang ia bersiaran.
“Semoga ada kebaikan yang dapat disampaikan. InShaaAllah, ada rezeki yang baik, kita bertemu lagi. Amin Ya Allah! Salam PKP 3.0 Jaga Diri,” tulisnya.
Sabarlah Duhai Hati turut dibintangi pelakon Amyra Rosli di samping Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Izzue Islam, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fazura meluahkan rasa terharu apabila jualan tudung jenamanya mendapat sambutan hangat dan mengalakkan daripada para pembeli.
Menerusi rakaman video siaran langsung di Instagram yang diulang siar oleh peminat di laman sosial, Fazura dilihat tidak dapat menahan rasa sebak sehingga mengalirkan air mata.
Difahamkan, tudung keluarannya yang berharga dari RM27 itu telah berjaya meraih jualan sebanyak 80,000 helai dalam tempoh masa 2 jam.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membeli yang antara lain sama-sama membantu para peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Secara langsung, mereka turut berpeluang menjana sumber pendapatan.
“Alhamdulilah di kesempatan ini sebelum Faz habis cakap, Faz nak ucapkan terima kasih kepada semua di luar sana all my darlings kerana sokong Tudung Fazura.
“Emosi sikit takut saya nangis, terima kasih sebab anda semua sudah pun dapat membantu 4000 peniaga-peniaga kecil di bawah Faz yang hilang mata pencarian.
“Yang mungkin suaminya hilang kerja dan sebagainya. Jadi terima kasih kepada semua yang dapat bantu mereka ini,” antara sedutan kata bintang cantik ini.
Dalam 2jam 80,000pcs dah sold out, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang.. lot’s of love 💕 pic.twitter.com/3wwrHZfNLq
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa terharunya kerana dia kini sudah bergelar seorang ibu selama dua bulan.
Dalam pada itu, Shakilla mengakui bahawa dia kini sukar untuk melelapkan mata kerana terlalu memikirkan masa depan anaknya, Ameena Sofia yang kini berusia dua bulan.
“Hari ni aku rasa sebak entah kenapa. Semalam tak lena tidur. Sebenarnya dah 3-4 hari.
“Aku rasa sebak bila terkenang anak2 yang dilahirkan tak sempurna. Aku dok stalk satu IG yang menceritakan anak istimewanya dari lahir sampai ke 5 tahun sekarang.
“Allahuakbar.. sebak dada tengok. Bila fikir balik, kalaulah aku ditempat diorang belum tentu aku kuat. Belum tentu aku boleh teruskan hidup tanpa sokongan dan kata2 positive dari orang ramai.
“Dalam video ni, kali pertama aku dapat pegang,angkat dan cium @ameenasofia_ . 15 March 2019. Satu perasaan yang aku tak tahu macam mana nak gambarkan.
“Bahagia. Tak percaya. Sedih. Terharu. Perasaan bercampur baur. Dada tak henti berdebar. Even sampai hari ni.
“Hampir 2 bulan lebih aku masih tak percaya. Budak ni anak aku. Aku yang uruskan budak ni sampai hari ni. Makin sedih.
“Macam2 yang terlintas dalam fikiran. Macam mana kalau umur aku tak panjang? Macam mana kalau terjadi apa2 pada aku atau Fizi? Macam mana aku dengan Fizi nak membentuk dan mendidik amanah Allah ni. Fikiran yang buat aku fikir setiap malam. Takut tapi bahagia.
“Aku akan buat semampu dan seboleh aku untuk budak ni. Semoga Allah permudahkan.
Video tersebut memaparkan reaksi Shakilla memeluk dan mencium Ameena selepas selamat dilahirkan pada 15 Mac lalu.
Lalu, netizen berasa sebak melihat video berkenaan.
Untuk rekod, Shakilla dan suaminya, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia,2 bulan.
Video : IG Shakilla Khoriri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!