Selesai tempoh pantang, pelakon Datin Lisa Surihani tampil berkongsi momen berharga selama 44 hari bersama bayi ketiganya, Yunos Laith.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada Dato Yusry Abd Halim ini turut mengucapkan terima kasih dan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Budi Sampir atau dipanggilnya Mak Budi, iaitu Confinement Lady atau CL yang menjaganya selama fasa pantang.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mak Budi banyak membantunya mengembalikan tenaga selepas melahirkan anak ketiga.
Malah keperibadian wanita berkenaan juga cukup disenangi mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga @lavenderconfinementcare. Dari waktu hamil trimester kedua, liaise bersama Puan Aishah, yang mengaturkan semua dgn amat sopan dan baik sekali dan mengikuti langkah2 atas sebab keadaan sekarang bg memastikan keselamatan semua.
“Terima kasih Aishah, kerana membantu dan menyenangkan keadaan bg saya sekeluarga sebaik mungkin. Pengalaman pantang yang amat baik bg saya dan anak, Alhamdulillah dikurniakan CL yang baik, Mak @budisampir, servis dijalankan dgn baik, tp Mak Budi buat lebih walaupun tidak diminta.
“Perwatakan santai, lemah lembut tapi kelakar buat kami sekeluarga jadi biasa dgn Mak Budi. Byk membantu keadaan saya bukan sahaja dari segi physical, tetapi mental dan emosi juga,” tulisnya.
Lisa menambah, banyak kenangan bersama dan memori yang terjalin akan menggamit rasa rindu.
“Byk memori utk dikenang dan ketawa bila ingat kembali. Terima kasih juga kerana menjaga dan menyayangi Yunos macam cucu sendiri sepertimana Mak Budi sayang dan ingat pd baby2 customer lain.
“Kami akan rindu kehadiran Mak Budi dan gelak tawa smpai mata berair sama Mak Budi.
“Selesai ini, saya du’akan moga Mak Budi dan Team Lavender sentiasa di bawah perlindungan Allah swt, moga dikurniakan barakah, rahmah, dan afiah sentiasa,” kongsinya lagi.
Sekadar info, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan turut dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira dan Yusof.
Foto: Instagram Lisa Surihani