Pelakon Sharnaaz Ahmad menegaskan diringa masih belum bersedia untuk bercakap mengenai isu hangat melibatkan rumah tangganya bersama Noor Nabila, ketika ini.
Katanya lagi, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal keluarga.
“Buat masa sekarang saya betul-betul belum bersedia untuk bercerita mengenai perkara tersebut. Saya pun tak berani untuk bercakap lebih kerana bimbang ia akan memudaratkan lagi keadaan.
“Ya, saya sedar saya banyak bercakap mengenai perkara yang jadi seperti ini, akan tetapi ini adalah soal keluarga dan tak berani nak cakap lebih yang mungkin akan mengeruhkan situasi antara kedua pihak (dirinya dan Nabila serta anak).
“Cuma apa yang saya tahu memang ramai pihak hari ini yang menghubungi, bercakap mengenai perkara ini.
“Apa yang boleh saya cakap satu sahajalah, 30 minit lagi hari jadi anak saya (ketika ditemu bual). Hanya nak ucapkan selamat hari lahir buat anak lelaki saya,” katanya.
Terdahulu Sharnazz ditemui media pada majlis tayangan gala filem Wangi, yang turut dibarisi para pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Nabila Huda dan ramai lagi di MM2 Cineplexs, E-curve Damansara pada Khamis.
Sebelum ini, rumah tangga antara Sharnaaz dan Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa, dikatakan pernah berdepan masalah.
Bagaimanapun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.
Awal Khamis, Nabila ada berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Perkara itu sekali gus membangkitkan pelbagai spekulasi hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad