Nama penyanyi Farisha Iris menjadi bualan peminat selepas dirinya membuat pengakuan baharu putus cinta dengan jejaka pangkal nama ‘N’ ketika ditanya penyanyi Indonesia, Raisa dalam konsertnya di Zepp KL, baru-baru ini.
Rata-rata peminatnya meneka jejaka tersebut adalah pelakon Niezam Zaidi yang pernah dikaitkan bercinta dengannya.
Namun, Farisha menyangkal spekulasi tersebut sebaliknya menyifatkan aktor itu adalah rakan lelaki paling rapat dengannya pada ketika ini.
“Saya menafikan dakwaan mengatakan dia (Niezam) bekas kekasih saya.
“Dia bekas kekasih atau tidak, saya tetap sokong dia. Apa yang boleh saya katakan, Niezam adalah kawan saya yang paling rapat setakat ini, saya sentiasa ada di belakangnya.
“Alhamdulillah, saya sekarang sibuk dengan pengajian (Master). Kalau ada perkara baik saya akan kongsikan,” katanya kepada MH.
Farisha ditemui ketika malam gala tayangan filem terbaharu lakonan Niezam, Remp-It 2 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terdahulu, Farisha membuat pengakuan terbuka dalam konsert Raisa di mana dia mengakui sudah menamatkan kisah cintanya dengan seorang jejaka bernama ‘N’.
Di atas pentas, Farisha membuat panggilan video kepada bekas kekasihnya yang bernama ‘N’ itu namun tidak diangkat lantas peminat mendakwa ‘N’ adalah Niezam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.