Penyanyi dan usahawan, Rafidah Ibrahim ada memuat naik entri terbaru di laman Instagram miliknya yang menjadi perhatian ramai.
Entri tersebut dimuat naik khusus bagi menyeru umat Islam supaya kembali mengimarahkan masjid dan surau seperti mana ketika Ramadan sebelum ini.
Menurut penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang itu lagi, sambut raya selama satu hari pun sudah memadai dan orang ramai sepatutnya kembali memeriahkan masjid.
“PENGUMUMAN! Test test. Wahai orang yang hilang, pulanglah.
“Kesian Tok Imam kena cari sorang-sorang. Nanti kena jadi kes polis, malu wei.
“Selamat kembali menjadi jemaah. Raya satu hari pun dah cukup dah,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut bersetuju dengan perkongsian Rafidah itu.
Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Rafidah itu. Jangan bulan puasa je kita semangat pergi ke surau, apa kata semangat tersebut kita bawa ke bulan-bulan yang lain juga. Tak gitu?
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim